“Saya Tak Perli Keluarga Acap, Ini Mengenai Netizen Kita” – Aeril Zafrel

Posted on

Terdahulu, Aeril Zafrel dikecam selepas memuat naik gambarnya dan membuat bulatan kecil seolah mahu menunjukkan sesuatu. Rata-rata netizen mengaitkan gambar itu dengan kes kehilangan peserta larian, Mohammad Ashraf yang masih belum ditemui.

Perkongsiannya itu menimbulkan kemarahan netizen yang mendakwa gurauan itu tidak kena dengan waktu serta mendakwa pelakon itu seolah tidak sensitif dengan perasaan ahli keluarga yang masih bersedih dengan kehilangan anak mereka.

Bagaimanapun, Aeril menjelaskan dia tiada niat untuk mempersendakan keluarga Mohammad Ashraf, tetapi posting tersebut hanya sekadar sindiran buat netizen yang gemar mengaitkan alam ghaib dalam semua perkara.

“Perli keluarga apa dia? Orang cakap pasal netizen kita. Adoi la hang ni. Saya tak cakap keluarga. Ini mengenai netizen kita,” tulis Aeril.

Apa pun Aeril sendiri sudah menjelaskan bahawa perkongsiannya itu hanya untuk menyindir netizen dan bukan seperti yang didakwa sesetengah pihak. Mungkin ada netizen tidak boleh menerima sindiran tersebut dalam keadaan Mohammad Ashraf yang masih lagi belum ditemui.

sumber : rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.