Saya Tak Propa! – Zizie Izette Buktikan Beli Baju Anak RM10

Posted on

Bagi segelintir individu yang bergelar ‘Datin’, tidak dinafikan mereka ingin bergaya dengan jenama mewah terutama sekali bab pakaian, tetapi berbeza pula dengan pelakon Datin Zizie Izette yang memberitahu dia langsung tidak kisah membeli baju RM10 untuk anak-anaknya asalkan nampak cantik dan kemas.

BACA :Zizie Izette Tak Kisah Anak-Anak Pakai Baju RM10

Namun, ada pihak yang mempertikaikannya. Bagaimanapun, menerusi muat naik terbarunya di Instagram, Zizie membuktikan dia membelikan baju anak-anaknya yang hanya berharga RM10 di pasaraya.

Sebelum ini, Zizie berkata dia ebih mementingkan kesederhanaan dan tidak cerewet dalam pemilihan baju untuk dirinya dan anak-anak apatah lagi dengan keadaan ekonomi yang kurang baik.

Mereka sekeluarga perlu berjimat cermat untuk perkara yang lebih penting terutama sekali hal persekolahan anak-anak. Rata-rata netizen memuji sikap rendah diri Zizie.

Benar kata Zizie, zaman sekarang ini tidak boleh membazir. Barang murah tidak semestinya kualitinya tidak cantik kan? Ada kalanya boleh juga nampak menawan dan mewah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.