“ Saya tengok sendiri video keadaan suami yang tular itu… tolonglah padam video dan gambar ar wah di tempat kejadian,” rayu Khatijah Abdul Karim, 36.
Khatijah isteri kepada Allahyarham Mohamad Suhaimi Khamis, 38, pemandu lori tangki yang maaut dalam kemaalangan membabitkan kebakaran dua lori di Kilometer 372 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat Slim River, hari ini.
Menurutnya, dia mendapat berita mengenai kemaalangan itu daripada adik ar wah yang menghubunginya tidak berapa lama selepas kemaalangan itu tersebar di media dan media sosial.
“ Ar wah keluar rumah pergi kerja kira-kira jam 6 pagi tadi dan dia tidak menunjukkan apa-apa perubahan,” katanya yang kelihatan lemah ketika ditemui di Hospital Slim River, hari ini.
Isteri sarat mengandung
Khatijah yang kini sarat mengandung tujuh bulan anak keempat, dikurniakan tiga anak termasuk kembar Mohd Ammar dan Mohd Amir berusia sembilan tahun serta anak perempuan, Afikah berusia lapan tahun.
Sementara itu, seorang saudara terdekat Rokiah Mohamad, 68, berkata, sejurus menerima berita menimpa ar wah dia bersama isteri serta anak mangsa terus bertolak ke Hospital Slim River.
“ Sebelum ke hospital saya sempat berbual dengan isteri ar wah yang memaklumkan sebelum pergi kerja awal pagi tadi, Mohamad Suhaimi sempat tanya duit belanja dapur,” katanya ketika ditemui sedang menemani tiga anak ar wah di perkarangan hospital.
Menurutnya, ahli keluarga dan anak Allahyarham bersetuju membawa jenazah pulang ke Kampung Kenangan Batu 13, Puchong, Selangor untuk dikebumikan, kerana rumah keluarga terletak di Felda Mayam, Pahang.
Rakan mohon netizen padam video
“ Saya sedih dan kesal dengan tindakan netizen yang tularkan rakaman video ar wah berlari menyelamatkan diri dalam keadaan terbaakar.
“Masyarakat sepatutnya prihatin dengan perasaan keluarga ar wah terutama isteri dan anak-anaknya,” kata Mohd Zafril Zulkifli, 35, rakan kepada seorang pemandu lori yang maaut dalam kemaalangan di Kilometer 372 Lebuh Raya Utara Selatan, arah utara dekat Slim River, hari ini.
Dalam kejadian itu, Suhaimi Khamis, 38, yang berasal dari Felda Mayam, Bera, Pahang meninggal dunia.
Mohd Zafril berkata, dia mengenali ar wah selepas bekerja bersama sebagai pemandu lori tangki minyak, empat tahun lalu dan Suhaimi mempunyai isteri, Khatijah Abdul Karim, 35, yang kini mengandung anak keempat.
Katanya, kali terakhir dia bertemu ar wah Oktober lalu dan mereka sempat berbual serta makan bersama.
“ Saya sangat sedih apabila melihat video rakaman ar wah berlari menyelamatkan diri dalam keadaan terbaakar, disebarkan di media sosial.
“ Tak sepatutnya disebarkan kerana boleh menyinggung perasaan ahli keluarganya yang bersedih dengan kejadian ini,” katanya ketika ditemui di Hospital Slim River, hari ini.
Terdahulu, katanya, dia mengetahui kejadian menimpa ar wah menerusi perkongsian di grup WhatApps dan singgah ke hospital itu memandangkan dia dalam perjalanan ke Ipoh.
“ Ar wah adalah anak kelima daripada lapan beradik dan dipercayai dalam perjalanan menghantar bekalan minyak dari Sungai Buloh, Selangor ke Lumut, Perak.
Ar-wah seorang yang disenangi
“ Dia memang seorang yang mudah tersenyum dan mesra dengan rakan serta kami sering keluar makan bersama ketika bekerja di tempat sama dahulu,” katanya.
Sementara itu, rakan sekampung mangsa yang dikenali sebagai Aril, 30, berkata, dia rapat dengan ar wah yang juga rakan sekolahnya ketika di Felda Mayam.
Katanya, ar wah kini tinggal di Puchong, Selangor dan kami berharap orang ramai hentikan berkongsi dan tularkan video kejadian itu.
“ Sebelum ini, dua abang ar wah juga meninggal dunia kerana kemaalangan jalan raya. Bapanya sudah lama tiada, manakala ibu ar wah pula sedang sakit,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: hmetro & Newsviral