“Saya tidak percaya! Mereka pasti ayah dan anak!” Isteri Pakcik Yang Cantik Ini Raih Perhatian Netizen Kerana Cantik Dan Jauh Muda Darinya

Posted on

“Saya tidak percaya! Mereka pasti ayah dan anak!” Isteri Pakcik Yang Cantik Ini Raih Perhatian Netizen Kerana Cantik Dan Jauh Muda Darinya. Orang zaman dulu pernah mengatakan cinta itu buta, cinta tak mengenal usia dan juga rupa paras. Sama ada anda mahu percaya atau tidak, tapi memang tidak dinafikan situasi atau keadaan sedemikian memang berlaku di dunia kita ini.

Cinta itu buta dan kalau dah jodoh tak kan ke mana adalah ungkapan yang biasa kita dengar apabila pasangan yang berkahwin agak tidak sepadan, mungkin.

Inilah yang terjadi kepada pasangan suami isteri apabila si suami berasal dari Taiwan yang sudah berusia mempunyai isteri yang sangat cantik dan muda berasal dari Vietnam.

Kisah pasangan suami isteri ini menjadi viral apabila gambar-gambar mereka berdua dimuat naik di Facebook dan menjadi perhatian netizen.

Rata-rata netizen tidak percaya bahawa pasangan terbabit adalah suami isteri dan pelbagai soalan diajukan kepada lelaki terbabit serta menyangkal pasangan itu sebenarnya adalah ayah dan anak.

“Saya tidak percaya! Ini pasti ayah dan anak!” – komen salah seorang netizen yang tidak percaya dengan gambar yang dimuat naik.

Sering diajukan soalan bertanyakan usia isteri, akhirnya lelaki itu menjawab persoalan netizen dengan memberitahu usia isterinya yang cantik itu baru saja 26 tahun.

Bagaimanapun, ada juga netizen bercadang yang ingin pergi ke Vietnam untuk mencuba nasib seperti pakcik ini. Semoga berjaya ya! Hehe.

Baru-baru ini, kita pernah dikejutkan dengan berita seorang lelaki warga emas berusia 66 tahun yang cintanya dipermainkan gadis 16 tahun sampai buat report polis. Walaubagaimanapun, buat pasangan ini, kita ucapkan tahniah dan selamat berbahagia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.