Tidak dinafikan, ajal mavt jodoh dan pertemuan semua di tangan Allah. Siapalah kita untuk menghalangnya. Namun sebagai manusia biasa, kita tidak lari dari rasa sedih memikirkan apa terjadi.
Seperti perkongsian kali ini buat kami semua sebak. Bayangkan suaminya men1nggal dunia ketika sedang hamil 4 bulan. Lebih memilukan apabila wanita ini pernah alami keguguran sebelum ini dan kini terpaksa menghadapi rasa sedih kehilangan sekali lagi.
Syurga meninggalkan kami sekeluarga
Menurut wanita ini, suaminya meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Pada ketika itu, mereka sekeluarga merancang untuk ke majlis reunion syarikat lama suaminya itu. Namun, malang tidak berbau apabila suaminya men1nggal dunia di tempat kejadian.
Suami jaga anak di syurga
Apa yang menyedihkan apabila wanita ini pernah alami keguguran sebelum ini dan kini terpaksa menerima kehilangan suaminya pula. Walaupun mengaku tidak cukup kuat, dia harus meneruskan hidup demi anak dalam kandungannya yang baru mencecah 4 bulan. Ya Allah, sebaknya!
Cukuplah anak ini mirip awak..
Sejarah berulang
Wanita itu turut berkongsi kisah suaminya yang pernah kehilangan kedua ibu bapanya ketika di usia 1 tahun. Memang sedih sungguh. Semoga isteri ini terus tabah menghadapi ujian ini.
Nanti pasti kita jumpa..
Sumber : Dr. Putri