Petang itu, saya menerima satu panggilan tel. Pemanggil tersebut meminta saya menguruskan jena zah ibunya.
Apabila sudah diamanahkan, tanpa berlengah saya bergegas ke rumah pemnggil tersebut yg letaknya tidak jauh dari kediaman saya. Saya tiba ketika hari sudah lewat ptg. Orang ramai yg berdiri drpd sanak saudara, jiran tetangga dan kenalan, sudah memenuhi kediaman tersebut.
Saya melangkah masuk, bertemu dgn suami dan anak2 Allah yarhamah. Selepas berbicang, kami mendapat kata sepakat. Jena zah akn diuruskan keesokan hari kerana hari sudah lewat bertukar malam.
Petang itu, jen azah hnya dibersihkan dengan mengelap tubuhnya menggunakan kain sambil dibntu anknya sramai empat org, 2 lelaki.. 2 org perempuan. Kesemuanya sdh bsar & ada di antaranya sdh berkahwin.
Esoknya seawal pagi, saya tiba semula ke rumah t’sebut. Apabila mahu memandikan jenazah, salah seorang anak dtg kpd saya.
”Boleh kami nak mandikan sendiri jena zah ibu kami?” tanya si anak td.
”Boleh” jwb saya, senang hati mendengar prmintaan si anak.
Memang itulah sebaik-baiknya. Lebih afdal anak sndiri yg uruskan jenazah ibu bapa mereka.
”Tapi Ustazah,kami ni x pandai. Kami x thu apa². Ustazah ajarlah kami”, beritahu seorang lagi anak perempuan.
”Takde masalah. Saya blh bg tunjuk ajar”, jawab saya.
Ingatkan ank perempuan, rupanya 2 org ank lelaki & suami Allah yarhamah mahu turut serta memandikan.
Sudah itu prmintaan mereka, saya brsetuju, lagipun Islam tak melarang, memang seorang suami boleh memndikan jen azah isterinya dan begitulah sebaliknya.
Namun disebabkn anak-anak lelaki mahu memandikan sama, saya terpksa bahagikan tugas.
Si suami, saya minta bersihkan bahagian kepala, anak lelaki dibahagian kaki & anak perempuan dari bahagian badan membawa ke paha.
”Ambil sarung tangan ni sorang satu”. Ujar saya smbil menghulurkan sarung tangan getah utk digunakan bgi memndikan jenazah. Tapi, suami & anak-anak menolak.
”Masa kecil, ibu mandikan kami tak pernah pkai sarung tangan. Kami x mahu pakai”, tolak si anak lembut.
Saya sedikit t’sntak mndgr kata-kata itu. Kagum dengan jawapan si anak. Terharu saya mendengarnya.
Kemudian, saya pegang paip getah dn lalukan air ke muka jenazah. Si Suami mula bersihkan wajah istrinya. ketika Si suami membrsihkan wajah istrinya, satu drama yg menyayat hati & penuh emosi berlaku.
LUAHAN TERAKHIR SUAMI BUAT ISTERI TERCINTA
Sambil menggosok lembut wajah jenazah isterinya, si suami tadi mengungkap kembali satu persatu segala kenangannya ketika mereka hidup brsama.
”Sayang…inilah wajah manis yg abang tatap masa hidup. Inilah wajah yg abang prnah sayangi. wajah yg pernah jadi isteri abang”, tutur suami sambil tangannya lembut membrsihkan wajah jenazah isteri tercinta.
Selesai muka, suami tadi beralih pula ke mulut, skli lagi ungkapan mnis terpacul dri mulut si suami.
”Sayang…inilah mulut yg slalu senyum pd abg. Inilah mulut yg slalu b’bual dgn abg, hiburkan abg slama ni. mulut yg brikan abg smngat ketika brdepn masalah”, ungkapnya dgn linangan air mata.
Saya yg menyaksikan tindakan spontan suami itu turut mnjadi sebak. Terharu mendengar kata-ikhlas ikhlas dari suaminya. Saya tahu si suami benar-benar sayangkan isterinya.
LUAHAN SI ANAK GADIS
Selesai bahagian si ayah, 2 org ank perempuannya pula mengambil tmpat. Sekli lagi hati saya tersentuh hingga jadi sebak. Sambil membersihkan tangan si ibu, anaknya meluahkan sgala jasa ibu mereka.
”Ibu, inilah tgn yg bsarkan kami, didik kami, tangan inilah yang suapkan makanan ke mulut kami. Inilah tangan yang dodoikan kami, jari jemari ini yang kesatkan airmata kami. Tangan ini juga yang dukung kami sewaktu kecil. Ibu.. jasa ibu amat besar”, tutur seorang anak perempuannya. Air matanya masih mengalir.
Apabila smpai ke perut, seorang lagi anak perempuannya bersuara,
”Ibu, inilah perut yg mngandungkan kami, terima kasih ibu, lahirkan kami, didik & besarkn kami”
ungkap si anak trsebut. Air mata mereka trus berjejeran.
LUAHAN SI ANAK LELAKI
Bukan hanya mreka, saudara-mara yang menyaksikannya turut mnangis, apatah lagi saya yg bErada di sisi mereka.
Sungguh, waktu itu terasa bgitu hening. Suasana sangat pilu. Menyaksikan smua kata-kata ikhlas ini dari suami dan ank-anak Allayar hamah.
Apabila selesai tugas anak permpuan, anak lelaki pula melunaskan bahagian mereka. Sambil membersihkan kaki, mereka meluahkn segala jasa-jasa wanita yang melahirkan mreka itu.
”Ibu, inilah kaki yg berjalan mencari rezeki untuk kami. Kaki inilah yang besarkn kami. Kaki inilah yang bawa kami bersiar-siar, hiburkan kami, jasa ibu x terbalas. Terima kasih ibu”,
ujar anak lelaki dgn suara tersekat2.
Menyaksikan smua itu, air mata saya tak dapat dibendung lagi. Sesekali saya berpaling ke arah lain, mengesat air mata yang kian laju mengalir.
Sudah byk jenazah yg saya uruskan, tp inilah kali prtama saya saksikan adegan yg meruntun jiwa. Hati sye trsentuh hiba.
Apabila semua ank sudah selesai, saya mengambil giliran semula. Saya mahu membersihkan bahagian du bur. Tapi si suami menolak kerana dia mahu lakukan sndiri.
SAYANG, INI LAH RAHIM YANG MELAHIRKAN ZURIAT KITA
”Ni isteri saya, biar saya yg buat. Ustazah tolong ajarkan saya”, tutur si suami.
Sekli lagi saya akur dgn kehendaknya. Saya arahkan si suami supaya menekan perut secara perlahan-lahan untuk mengeluarkan najis di du bur.
Semasa si suami melakukannya, sekali lagi jiwa saya bagai dirobek-robek. Jiwa saya tersentuh mndgr lafaz ikhlas suaminya. Smbil menekan lembut prut isterinya, si suami b’suara lagi.
”Sayang, ini rahim yg melahirkan anak kita, menghasilkan zuriat kita, terima kasih Sayang”,
tutur si suami lembut dgn matanya brkaca2.
Sekli lgi air mata sye trtumpah. Di luar pula, air mata saudara-mara yg mnyaksikan drama itu smkin laju.
Saya tahu smua yg menyaksikannya terharu. Saya sndiri turut tersentuh dengan sikap keluarga ini.
Sungguh, suaminya memang seorang yg baik dn sangat menghormati jasa seorang wanita bergelar isteri.
BOLEH SAYA NAK BACA TALQIN UNTUK ISTERI SAYA?
Selesai dimandikan dengan babak-babak meruntun jiwa, jen azah dibawa ke ruang tamu utk dikafankn pula.
Pun sama, kerja ini dilakukan oleh anak & suami arwah dgn tunjuk ajar saya. Walaupun mengambil masa agak lama, semuanya selesai dgn mudah sebelum jenazah dibawa ke tnh perkuburan.
Tugas ini saya serahkan pula kpd suami saya. Selepas kubur dikambus & suami saya hendak memulakan bacaan talqin, suami Allahya rhamah dtg meminta izin.
”Ustaz, boleh ke nk bacakan talqin utk isteri sy?”… tanya dia kpd suami saya.
Suami saye mengangguk dan si suami tadi mengambil tmpt di sebelahnya. Dalam keadaan suara yang serak kerana masih bersedih, si suami tadi memulakan bacaan. Bacaan kali ini memang lain sekali dari kebiasaannya.
”Sayang, hari ini adalah hari terakhir kamu di muka bumi ini. Kamu berpisah dgn anak-anak, kamu berpisah dengan Abg. Sayang.. malam ini Abang akan berteman hanya dgn ank di sisi Abg”.
”Sayang, nanti akan dtg malaikat Munkar dan Nakir bertanya.. Siapa Tuhan kamu? Siapa Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Siapakah saudara kamu?
”Abang minta tolong dari Sayang, jawab dengan tenang, dgn lidah lancar, Bahawasanya Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Petunjukku, Org Islam adalah saudaraku,” tutur si suami dgn sebak.
NANTI KITA JUMPA DI SYURGA YA SAYANG
Si suami tadi menyambung,
”Nanti kita akan berjumpa semula di Syurga. Sayang tunggu Abg di sana. Abg akan tetap merindui Sayang hingga akhir hayat Abg.”
Sungguh, waktu itu sekali lg air mata saya berderai, bukan saya sahaja, hadirin lain pun sekali lagi menangis. Saya tahu mereka menangis & bersedih bkn kerana pemergian Allahy arhamah, tapi tersentuh melihat kejadian tersebut.
Satu drama yg benar-benar berlaku, memperlihatkan kasih sayang, kejujuran, kesetiaan dan cinta yg tulus ikhlas dari seorang suami kpada isteri. Kisah kasih sayang antara anak dan ibu dalam keluarga ini.
Saya benar kagum & terharu dengan keluarga tersebut. Si ank bukanlah berpendidikan tinggi atau berlatarbelakang agama bergelar ustaz atau ustazah, tapi mereka semua mempunyai budi pekerti dan akhlak yg tinggi.
Lihat bagaimana mereka menghargai jasa seorang ibu sehingga ke akhir hayat. Bagi saya, mereka jadi begitu hasil kejayaan didikan seorang ibu yg berjaya memberikan kasih sayang & didikan dgn sempurna.
Sungguh, jen azah wanita itu seorang yg bertuah memiliki suami dan anak seperti itu…..
Allahu Akbar….😔😔😔..