Sedekah Masjid Kalau Tak Habis, Ibu Tunggal OKU Gigih Jual Kuih Dengan Berkerusi Roda Bawa Dua Anak

Posted on

” Saya nak bekerja susah, siapa yang nak ambil saya. Daripada saya merempat meminta sedekah, baik saya berniaga. Jangan jadikan kecac4tan itu satu keIemahan,”

Demikian luahan seorang ibu tunggal juga kurang upaya (OKU) yang gigih menjual kuih tepung pelita bersama anaknya mengundang yang mencuri perhatian warganet.

Video yang dimuat naik FS ChanneI di Facebook menunjukkan Zarina Abu Sufian yang mesra dipanggil Kak Ina menjual kuih tepung pelita setiap hari dengan hanya berkerusi roda.

Kak Ina yang tidak mempunyai kedua-dua belah tangan juga tidak patah semangat dalam meneruskan kehidupannya.

Dalam pada itu, Kak Ina berkata, dia akan menjual kuih tepung pelita dengan harga RM1 sahaja di dua lokasi yang berbeza iaitu pada hari Jumaat hingga Ahad, dia akan berada di Masjid Jamek dan pada hari-hari yang lain dia menjual di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah di Taman Seri Rampai di sini.

” Saya akan ditemani anak saya apabila mereka cuti sahaja. Orang ramai juga tidak perlu risau tentang kualiti kebersihan kuih saya kerana saya sudah mendapat sunt1kan typh0id.

” Saya akan menjual 200 biji kuih tepung pelita sehari dan akan disedekahkan kepada masjid serta orang ramai jika tidak habis dijual. Macam mana saya nak makan sedap, macam itulah saya akan jual dekat orang,” katanya.

Antara reaksi netizen yang sebak melihat video itu serta memuji ketabahan Kak Ina dalam membesarkan anak-anaknya.

Dalam pada itu, FS ChanneI mengambil pendekatan dengan membeli kesemua kuih tepung pelita Kak Ina dan turut menghulurkan sumbangan daripada orang ramai.

” Saya doakan semua yang menonton akan beroleh kebaikan, sentiasa sihat, bahagia di samping orang tersayang dan dilimpahkan rezeki,” katanya.

Video yang berdurasi 8 minit 25 saat itu tular di media sosial yang meraih 1.9 juta tontonan dan rata-rata netizen sebak melihatnya serta memuji ketabahan dan kerajinan Kak Ina membesarkan anak-anaknya walaupun tidak sempurna seperti insan lain.

” Menitis air mata tengok Kak Ina yang serba kekurangan sanggup berniaga dari meminta sedekah. Semoga rezeki Kak Ina berlipat kali ganda. Sekiranya dapat gerai berniaga lagi senang tak payah pergi jauh jauh,” tulis Ummi Ida di Facebook.

Azzadina Fadzila pula berkata, “Terharunya, kuat semangat akak tu demi kelangsungan hidupnya. Apa pun saya doakan kakak itu sentiasa dalam lindungan ALLAH dan dimurahkan rezeki. Untuk FS ChanneI terima kasih atas usaha korang.

Orang lain yang berminat menonton video penuh boleh melayari laman FB page, FS ChanneI.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : sinarharian

Kredit : FS ChanneI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.