“Sedih Tengok Suami Cerai Isteri Hamil Untuk Kahwin Lain”

Posted on

Rumah tangga Da’i Farhan hangat diperkatakan apabila pendakwah itu mengakui sudah pun menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nur Ain yang sedang sarat hamil dengan talak satu menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp.

Susulan itu ramai netizen mengecam tindakan pendakwah itu yang sanggup menceraikan isterinya ketika sedang hamil. Perkara itu turut mendapat perhatian Ustaz Ebit Lew yang meluahkan rasa sedih melihat keadaan tersebut.

Menurut Ebit Lew, semakin banyak kes dimana suami muda menceraikan isteri ketika sedang hamil semata-mata untuk berkahwin lain. Malah, Ebit Lew turut meminta membayangkan bagaimana rasanya jika kita diuji dengan perceraian ibu bapa.

Ebit Lew turut mengingatkan agar kita mencari niat awal mengapa kita berkahwin. Katanya, berkahwin bukan untuk dapat apa yang kita nak tetapi untuk tunaikan apa yang Allah kehendaki kerana nikah itu amanah Allah.

Jelasnya lagi, suami sebagai ketua keluarga sepatutnya membimbing isteri. Katanya lagi, wanita boleh menjadi seorang yang lembut dan sangat membahagiakan, namun boleh bertukar menjadi keras dan menyakitkan apabila dirinya diabaikan.

Ebit Lew turut berpesan kepada pada suami untuk memimpin keluarga kerana Allah sampai ke syurga serta selamatkan daripada api neraka. Pesannya lagi, wanita adalah tunjang utama keluarga dan Islam sangat menjaga hak wanita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.