“Sejuk perut ibu mengandung,”-Shahmi Aiman, suara disebalik alunan syahdu bacaan Al-Baqarah Bukan Calang-calang, Rupanya Anak Kepada Sesorang Yang Hebat.

Posted on

Ternyata, sehingga kini masyarakat dunia masih terkesan dengan tragedi yang menimpa dua masjid yang telah meragut hampir 50 ny4wa insan tidak berd0sa.

Terbaru, satu majlis perhimpunan solidariti anjuran Persatuan Penuntut Universiti Canterburry (UCSA) telah diadakan sebagai tanda penghormatan kepada tr4gedi tr4gis tersebut.

Tergerak hati baca Surah Al-Baqarah
Sejak semalam telah tular di media sosial video bacaan Surah Al-Baqarah dibaca dengan penuh penghayatan oleh seorang pelajar dari Malaysia yang dikenali sebagai Shahmi Saiful Adly berusia 21 tahun.

Shahmi yang merupakan penuntut Malaysia di UCSA, telah diminta untuk mengiringi bacaan doa, namun menurut pemuda yang berasal dari Kelantan ini tergerak hati untuk mengalunkan sekali Surah Al-Baqarah ayat 154 hingga 157 berserta maksud.

video:

Anak ADUN Salor, hafiz Al-Quran
Shahmi Aiman adalah anak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Saiful Adly Abu Bakar, merupakan seorang penghafaz Al-Quran jadi tidah hairanlah bacaannya amat lancar dan jelas.

Alunan Quran diiringi tangisan
Dapat dilihat, alunan ayat suci Al-Quran yang berkumandang dengan penuh rasa hormat daripada ribuan pelajar daripada UCSA.

Malah, ada yang tidak mampu menahan sebak, apabila ada daripada kalangan dilihat mengalirkan air mata mendengar bacaan Quran yang dibaca dengan penuh syahdu dan tertib oleh Shahmi.

10,000 penuntut hadir
Difahamkan, perhimpunan yang diadakan dipadang Universiti Canterburry telah dibanjir dengan seramai 10,000 penuntut yang rata-rata daripada Universiti tersebut.

Sebelum ini, perhimpunan tersebut telah menimbulkan spekulasi ramai apabila ada yang mendakwa ia adalah majlis pengebumian m4ngsa-m4ngsa yang terk0rban.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.