Bukan mudah untuk menyandang gelaran sebagai juara dalam sesebuah pertandingan ratu cantik mahupun mana-mana program realiti yang seumpamanya. Para juara bukan setakat harus memiliki paras rupa yang cantik dan perwatakan menarik, malah mereka seharusnya menjaga etika dan mengekalkan imej bersih serta reputasi yang baik.
Agak panas isu yang berlaku baru-baru ini di mana Haneesya Hanee terpaksa mengembalikan gelaran Dewi Remaja 2018/2019 kerana tahu perbuatannya telah melanggar kontrak serta syarat-syarat yang telah ditandatanganinya ketika menyertai pertandingan Dewi Remaja.
Namun ramai yang tak tahu, sebelum ini ramai lagi yang senasib dengan Haneesya yang terpaksa memulangkan mahkota kepada pihak penganjur atas sebab-sebab tertentu. Jom lihat 6 gadis dari seluruh dunia yang pernah ditarik balik gelaran sebagai Ratu Cantik.
1. Tatiana Kumar Nandha – Miss Malaysia World 2016/17
Dalam Malaysia sendiri pun pernah berlaku sebelum ini. Gelaran ratu cantik Miss Malaysia World 2016/17 yang diberikan kepada Tatiana Kumar Nandha ditarik balik selepas didapati melanggar etika dan kontrak.
Pengarah kebangsaan bagi program berkenaan berkata gelaran itu ditarik balik kerana Tatiana dan keluarganya memberikan komen kurang menyenangkan terhadap penganjur di media sosial, lapor Star.
2.Shwe Eain Si – Miss Grand Myanmar 2017
Berbeza dengan kisah gadis cantik ini ratu cantik Myanmar ini. Gelaran ratu cantik yang disandangnya dilucutkan selepas dia menuduh etnik Muslim Rohingya menjadi mangsa keganasan dan kekejaman yang masih berlaku di wilayah Rakhine di negara itu.
Menurut The Indianexpress, Shwe Eain Si yang sebelum ini merupakan Miss Grand Myanmar memuat naik video di akaun Facebook pada minggu lalu telah menggambarkan bahawa Tentera Pembebasan Arakan Rohingya (ARSA) sebagai satu gerakan ala khalifah. Dia mendakwa sekadar menggunakan popularitinya untuk menyuarakan kebenaran.
Namun, pihak penganjur pertandingan Miss Grand International berkata, Eain Si ‘tidak menunjukkan contoh yang baik’ dan gelaran itu dilucutkan kerana bercanggah dengan kontrak pertandingan.
3.May Myat Noe – Miss Asia Pacific World 2014
dinobatkan sebagai juara pertandingan Miss Asia Pacific World 2014 yang diadakan di Seoul, Korea Selatan. Namun, pihak penganjur menarik semula gelara itu lantaran May dinilai tidak berterima kasih dan tidak jujur.
Kepada wartawan, May mengaku dipaksa untuk berbohong soal usianya. Dia juga mengatakan, pihak penganjur menuntutnya melakukan pembedahan plastik.
May menolak dakwaan yang mengatakan ia membawa lari mahkota kemenangannya. Alasannya, dia sudah naik pesawat menuju Myanmar tanpa mengetahu bahawa gelaran juara pertandingan kecantikan sudah di tarik balik darinya.
4.Veronika Didusenko – Miss Ukraine 2018
Ukraine ini telah dilucutkan gelarannya selepas wanita itu didapati mempunyai seorang anak daripada perkahwinan sebelum ini. Gelaran Ratu Cantik Veronkia Didusenko ditarik balik selepas penganjur mendapati dia berbohong tentang statusnya dalam borang permohonan.
Menurut Dailymail, Ratu cantik tersebut dilaporkan mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun yang mana peraturan pertandingan melarang ibu atau wanita pernah berkahwin daripada bertanding.
5.Christina Mikkelsen – Miss Universe Denmark
Mahkota Ratu Cantik dimenangi Christina Mikkelsen yang mewakili Denmark pada pertandingan Ratu Universe 2016 di Filipina ditarik balik berikutan maklumat beliau terbabit dalam siasatan jenayah. Mikkelsen diberitahu mengenai perkara itu sebelum muncul secara langsung sebuah program pagi di negara berkenaan.
Menurut BH ONLINE, Mikkelsen menuduh Pengarah Kebangsaan pertubuhan, Paul Hamilton menghantar mesej lucah kepadanya dan meminta beliau menghantar gambar peribadi. Mikkelsen turut berkongsi mesej seorang lagi kakitangan syarikat yang meminta beliau berkongsi gambar separuh bogel sebelum mengatur tiket ke Filipina.
6.Amanda Longacre- Miss Universe Delaware
Pemenang pertandingan ratu cantik di negeri Florida dan Delaware hilang mahkota dalam dua kejadian yang berasingan. Pemenang Ratu Cantik Delaware, Amanda Longacre hilang mahkota kemenangannya kerana pihak penganjur mendapati usianya melebihi had umur yang ditetapkan undang-undang Ratu Cantik Amerika.
Menurut laman Mercury, Kemenangan Longacre itu ditarik balik kerana undang-undang pertandingan di Amerika Syarikat menetapkan para peserta ratu cantik perlu berumur antara 17 tahun hingga 24 tahun.
Sumber: hangat.com