“Selama kau hidup jauh mana kau berjalan?..Bentok telo kau sendiri pon kau tak abis kaji ” – Ayahanda Rani Kulup Pulak Bidas Suhaimi Saad.

Posted on

Kecoh apabila Suhaimi Saad dulu tidak percaya pada vaksin tetapi kini mendakwa bahawa bumi sebenarnya bukan berbentuk bulat dan beliau mencabar angkasawan negara bersumpah jika bumi tersebut bulat ini pula respon angkasawan selepas di cabar suhaimi sufian

DATUK Dr. Sheikh Muszaphar Shukor tampil memberi penjelasan mengenai bentuk sebenar bumi seperti yang menjadi keraguan segelintir pihak.

Menurut Sheikh Muszaphar, sebagai Angkasawan Islam yang kesembilan menerokai angkasa lepas, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menceritakan fakta sebenar.

Atas nama Allah, doktor bedah ortopedik itu berkata, catatan yang dikongsi merupakan apa yang datang dari hatinya.

Sekalipun tidak merujuk kepada mana-mana pihak, namun penjelasan Sheikh Muszaphar itu dipercayai sebagai menyahut cabaran penyanyi nasyid, Suhaimi Saad yang mencabar Angkasawan Negara itu untuk bersumpah dengan nama Allah bahawa bumi berbentuk bulat sfera.

Bercerita pengalaman selama 12 hari pada 2007, Sheikh Muszaphar berkata, beliau terlalu kagum melihat angkasa lepas ciptaan Allah sehingga sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

Sheikh Muszaphar berkata, berdasarkan pengalaman di angkasa lepas, beliau melihat bumi berbentuk sfera atau lebih tepat, geo-sfera selain tertumpu di kutub dan membonjol di garisan Khatulistiwa.

“Bentuknya bukan seperti bola, lebih seperti telur. Setiap orang harus ke angkasa lepas jika diberi peluang.

“Ia mengubah perspektif anda mengenai kehidupan secara total, menjadikan anda lebih yakin dengan Pencipta. Pengalaman (di angkasa lepas) sangat mengagumkan dan spektakular.

“Sukar sebenarnya untuk mengubah pemikiran golongan ‘flat earth’ (yang mempercayai bentuk bumi ini rata). Tetapi saya di sini berkongsi pengalaman terhadap apa yang saya lihat,” kata Sheikh Muszaphar dalam entri yang dimuat naik pagi Jumaat.

Tiada sumpah, cuma respon – Suhaimi Saad jawab Angkasawan Negara

PENYANYI nasyid Suhaimi Saad mendakwa, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor tidak menyahut cabarannya untuk bersumpah mengatakan bumi ini berbentuk sfera.

Sebaliknya, katanya, Angkasawan Negara itu hanya menyebut lafaz zikir apabila menegaskan menerusi akaun Instagram beliau bahawa bumi ini memang berbentuk sfera.

“Apa pun, terima kasih doktor ya, sebab sudi respon,” kata Suhaimi hari ini menerusi akaun Facebooknya yang menggunakan nama Mosus.Dia turut menambah tanda pagar #tiadasumpah #cumarespon dan #takfahammaksudsumpah di hujung ayatnya.

“Mungkin Dr tak berapa jelas apa yang SS (Suhaimi Saad) maksudkan dengan sumpah. Walaupun sebenarnya SS dah tulis dengan jelas.”MasyaAllah SubhanAllah dan In the name of Allah bukan lafaz sumpah. Itu zikir biasa. Takpalah. SS cuma cabar sahaja. SS tak paksa pun Dr sumpah. Mungkin Dr tak suka bersumpah. #husnuzon,” katanya.

Oleh itu, kata Suhaimi, dia tidak akan menghentikan kajiannya dan akan terus berpegang pada fahamannya yang antara lain mempercayai bahawa saiz matahari dan bulan adalah hampir sama.Dia juga katanya tidak dapat menyampaikan dakwah kepada golongan ‘Flat Earth’ yang mempercayai bumi ini sebenarnya rata.

Terdahulu hari ini, Sheikh Muszaphar tampil memberi penjelasan mengenai bentuk sebenar bumi yang menjadi keraguan segelintir pihak.Pada Rabu, Suhaimi menerusi Facebooknya mencabar Angkasawan Negara bersumpah mengatakan: “Bumi ini bulat sfera. NASA bercakap benar.”

Dia juga meminta netizen menunjukkan kepadanya di mana langit dunia seperti disebutkan dalam Al-Quran menerusi Surah al-Mulk, jika benar bumi ini sfera.

RANI KULUP BIDAS SUHAIMI KAJI TELUR SENDIRI

Belajar la tahap mana yang kita mampu,dah tau kepala tak boleh bawak benda2 berat jangan dikaji yang bukan2.Esok kot tak tebawak isim pacuceng depan pintu rumah orang.Nak mengaji ni kena berjalan,bukan setakat duduk mengadap buku,fb kendian nak bahaskan pulak bentuk bumi.Selama kau hidup jauh mana kau berjalan?.Kalau setakat Port Dickson,Hulu Bendol xpayah la.Bentok telo kau sendiri pon kau tak abis kaji lagi.Ayah tanya kau?.Kenapa telo kejap bulat kejap kendor tetiba pulak kulit boleh berlebih.Jawablah ayah tanya ni

Kenal diri tu dulu baru kenal alam ///

 

sumber : FB AbdulRaniKulupFansOfficial / Meletup Trending

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.