“Selamat Sudah Menjadi FikRose,Awaitakkalut”
Berikut status terkini yang dimuat naik oleh pelakon Fikry Ibrahim di laman Instagram beliau. Sebaik gambar status beserta gambar bersama Nelydia Senrose lengkap mengenakan baju pengantin, ramai peminat tertanya-tanya.
Peminat pelakon Fikry Ibrahim dan Nelydia Senrose teruja melihat pasangan itu melangsungkan ‘perkahwinan’ mereka hari ini.
Tampil lengkap dengan busana pengantin berwarna ‘turquoise’ di atas pelamin, pasangan pelakon itu memuat sebuah posting di laman sosial Instagram masing-masing.
Rupanya sedutan drama terbaru…
“ Hari Jumaat penuh dengan barakah, tak salah kalau kita bernikah,” kata Nelydia pula Walau bagaimanapun, ‘perkahwinan’ itu merupakan antara sedutan drama Encik Imam Ekspres yang akan ditayangkan di Astro Ria.
Tetapi kebanyakan peminat berpendapat mereka kelihatan secocok dan sepadan untuk bersama-sama melayari alam rumah tangga.
Netizen komen ‘jeles’ dengan Fikry..
Rata-rata netizen begitu teruja melihat gandingan antara Fikry dan Nelydia Senrose. Malah ada yang sampai mengusik Fikri sebagai tamak sebab sebelum ni dia juga pernah bergandingan dengan kakak Nelydia sendiri iaitu Uqasha Senrose.
” Empat kali kawin semua dgn heroin muda cantik untunglah tapi bila nk realnya asyik drama je..”
” Banyak betuil bini hang yer fikryibrahim, huntung laa. Farah nabilah, mira filzah, Uqasha, siti nordiana semua hanga dapat, walaupun jadi wife dalam drama je”
” Tak sesuai lah en ngok ngek..fikryibrahim …lebih sesuai dgn cik Reen farahnabilahofficial..”
” fikryibrahim hang time ni senyum senyum ja nanti hang nikah betui2 baru la hang tau jantung bedebaq tu mcm mana
” Hahahahaha Fikrose Tamak naa hang. Nelydia? uqasha senrose? Aprena manrose?”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: ohmymedia & Newsviral