Kisah benar yang ingin dipaparkan dalam artikel ini telah lama berlaku dan mungkin anda pernah terbaca dan tentangnya. Namun apa yang ingin dikongsikan, kisah ini memaparkan realiti kehidupan yang benar-benar berlaku suatu masa dahulu.
Anak-anak adalah amanah yang perlu dijaga sehabis baik namun kes yang tular pada hari ini telah membuatkan ramai netizen tidak senang duduk. Beberapa gambar dua kanak-kanak sedang menangis di samping ibu mereka yang terbaring di kaki lima tular di Facebook sekitar tahun 2017 ini.
Apa yang menarik perhatian netizen sehinggakan rata-rata memohon bantuan segera tiba untuk mereka adalah kerana ibu kepada dua kanak-kanak tersebut dikatakan terbaring akibat pengaruh dad4h.
“ Kesian tengok budak-budak ini menangis. Mak dorang tengah khayal dad4h tidur di tepi jalan.”
Berdasarkan gambar tersebut, anak perempuan wanita itu dilihat sedang menangis seperti meminta tolong serta cuba membangunkan ibunya manakala adik lelakinya seperti sedang bingung dan tidak mengerti apa yang sedang berlaku.
Kandungan
Bukan warganegara Malaysia, tapi..
Dapat dilihat kedua-dua mereka dalam keadaan tidak terurus dengan kanak-kanak lelaki itu dibiarkan tidak berseluar. Mengikut komen dari netizen yang pernah terjumpa keluarga itu, mereka bukanlah dari negara ini tetapi merupakan warganegara Thailand.
Kejadian itu dilaporkan berlaku semalam dan melalui komen-komen dari netizen, tiga beranak tersebut sering dilihat berada di kawasan Chow Kit dan Jalan Putra.
Aktivis sosial Syed Azmi memaklumkan bahawa dia telah menghubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur yang dikatakan telah ke lokasi pada jam 2.22 petang itu.
Bagaimanapun, kelibat keluarga itu tidak kelihatan di kawasan berkenaan. Syed turut memberitahu supaya sesiapa yang ternampak keluarga itu agar segera menghubunginya.
Netizen kongsi cerita pernah jumpa di Chowkit nak jual handphone
Seorang netizen yang mengakui pernah terjumpa tiga beranak itu berkata, “Pernah jumpa di Chowkit, nak jual handphone untuk duit. Anak-anak sentiasa dibiarkan bogel dan kencing merata di bus stand.”
Ada juga yang mengatakan pernah menghulurkan bantuan makanan kepada mereka.
“ Pernah bagi dorang makanan untuk sarapan. Apabila minta datang ke centre tempat aku kerja sebab aku kerja NGO. Esok tu terus hilang.”
Netizen yang membaca post itu rata-rata berharap agar bantuan segera diberikan kepada kanak-kanak itu jika ada yang menemukan mereka.
“ Kasihan, budak-budak menangis mungkin kerana lapar.”
“ Kepada pihak bertanggungjawab, selamatkanlah anak-anak tersebut.”
Diharap pihak berwajib dapat menemukan mereka dan memberikan bantuan sepatutnya.
Bagaimanapun admin maklum dengan kesulitan yang dihadapi oleh pihak yang tampil mahu membantu, ini kerana melihat kepada ibu kanak-kanak terbabit yang seakan mahu mengelak dari bertemu pihak yang mahu membantu mereka.
Kini sudah 2 tahun berlalu sejak kisah ini dipaparkan pada 2017. Diharapkan nasib anak-anak kecil ini sudah terbela dan mendapat bantuan dari mana-mana badan kebajikan tanpa mengira apa agama mereka, asal-usul dan bangsa mereka.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : lobakmerah