Setelah mengambil keputusan untuk berehat daripada sebarang aktiviti seni, Siti Nurhaliza hari ini melalui sidang media yang turut disiarkan secara live di Facebook akhirnya berkongsikan khabar gembira bersama peminat.
Dalam sidang media tersebut, Siti menjelaskan bahawa dia kini sudah pun hamil empat bulan dan menyatakan rasa syukur di atas kurniaan yang dilimpahkan kepadanya itu. Tambah penyanyi ini lagi, dia dan juga suami sememangnya sentiasa berusaha mendapatkan cahaya mata sepanjang perkahwinan mereka.
“Saya melalui fasa dan tempoh tertentu, saya dah suami mencapai kata sepakat untuk mengumumkan kepada anda semua bahawa Alhamdulillah saya hamil empat bulan. Alhamdulillah, tiada kata yang dapat menggambarkan rasa syukur dan gembiranya kerana Allah memberikan kurniaan yang terlalu agung ini”
“Selepas 11 tahun kami bersabar, inilah juga sebab menjadi utama mengapa saya memilih untuk berehat kerana kandungan dan bayi ini menjadi keutamaan saya,” jelas Siti Nurhaliza.
Selain menjalani rawatan, Siti juga menyatakan bahawa dia dan suami sebenarnya telah beberapa kali berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Apa yang penting buat Siti ketika ini adalah menjaga keselamatan diri dan juga kandungan dan semoga segalanya dipermudahkan.