Hampir semua rakyat Malaysia mengetahui pergolakan rumah tangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa. Bukan sahaja rumit dengan masalah dokumentasi penceraian isteri,malah dengan campur tangan keluarga. Jika sebelum ini kakak Joy bersuara, kini tiba masanya giliran maknya pula menyindir menantunya, Hafiz yang kononnya beliau tidak pernah menyentuh anak perempuannya ketika berbulan madu. Apa pendapat anda ?
Menerusi akaun Facebook, ibu Joy yang dikenali sebagai Safiah Abbas telah memuat naik beberapa kenyataan menyindir Hafiz mengenai dakwaan penyanyi itu yang tidak pernah melakukan hubungan suami isteri walaupun ketika mereka berbulan madu. Malah ibunya turut memuat naik video ‘throwback’ bulan madu pasangan itu demi menyindir menantunya.
Sepertinya ibu Joy tidak berpuas hati dengan kenyataan yang Hafiz katakan sebelum ini. Bagaimanapun, kata-kata itu mengundang kemarahan peminat kerana merasakan ibunya tidak perlu masuk campur urusan kelamin anak menantu. Selain itu ada juga yang berang dengan mulut ‘laser’ ibunya menyindir secara terbuka di media sosial.
Rasanya sebagai ibu bapa, tidak perlulah terlalu mencampuri urusan rumah tangga anak-anak, cukuplah hanya menasihati. Dan sebagai orang yang lebih tua, tunjukanlah sikap yang lebih matang di depan anak-anak. Kalau ibunya sudah begitu, tidak hairanlah anaknya juga berperangai yang sama.
Terdahulu Pengarah Jais, Datuk Haris Kasim melalui kenyataannya turut mengakui bahawa pihaknya sendiri membenarkan Hafiz dan Joy bernikah kerana mendapat kerjasama dari bekas suaminya juga. Apapun marilah kita sama-sama doakan yang terbaik buat mereka.
SUMBER : BEAUTIFUL NARA