Selepas Produk Kecantikan, Che Ta Jual Sim Kad Prabayar Pula

Posted on

Sudah menjadi satu trend, kini semakin ramai selebriti menceburi dalam bidang perniagaan. Pasti ramai tahu pelakon cantik Rozita Che Wan sememangnya sudah lama dalam dunia perniagaan bermula dengan menjual tudung kemudian beralih ke produk kecantikan.

Nampaknya, Che Ta melebarkan lagi sayapnya dengan melancarkan Kad Sim Glamor MyPrepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan.

Menurut Che Ta, idea untuk melancarkan kad prabayar Eksklusif ini merupakan keinginannya sendiri, dalam masa sama sebagai tanda penghargaan buat peminat.

“Ini seperti satu penghargaan kepada semua peminat saya. Saya mahukan satu platform komunikasi yang berterusan antara saya dan peminat”, katanya kepada Astro Gempak.

Kad sim itu hadir dalam versi prabayar berharga RM10 dan turut tersedia kredit percuma bernilai RM5 untuk panggilan, SMS dan data.

Dalam pada itu, turut ditawarkan peluang kepada 500 orang peminat terawal untuk menjadi wakil pengedar kad prabayar Glamor tersebut.

sumber : rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.