Puchong: ” Sudah tiga anak lelaki saya meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya,” luah Fatimah Gaumar, 64, ibu kepada pemandu lori, Mohamad Suhaimi Khamis, 38 yang ma ut terbakar dalam kema langan membabitkan tiga buah lori di Slim River, Sabtu lalu.
Tidak mampu menahan sebak, Fatimah berkata, luka dihatinya kembali berdarah sewaktu menerima perkhabaran menimpa anak kelima daripada lapan beradik itu.
Menurutnya, walaupun reda dengan kejadian tersebut namun rasa sedih itu tidak dapat disembunyikan selepas anak-anak pergi lebih dulu darinya.
” Sebelum Suhaimi, dua anak lelaki saya mening gal dunia pada 1995 dan 2000 disebabkan kema langan motosikal ketika mahu ke tempat kerja. Kedua-duanya masih bujang.
” Kini Suhaimi pula pergi dalam keadaan mengejut tanpa meninggalkan sebarang pesanan, itu buat saya sedih,” katanya ketika ditemui di rumah saudaranya di Kampung Kenangan sewaktu menerima kunjungan Exco Kerajaan Negeri, Dr Mariah Mahmud.
Kali terakhir jumpa..
Tambahnya, kali terakhir dia bertemu anaknya itu kira-kira empat hari sebelum kejadian.
” Biasanya dia akan singgah rumah saya setiap kali pergi atau pulang kerja tapi tak berbuat demikian sebab sibuk dengan kerja tapi ada berhubung melalui panggilan telefon.
” Kali terakhir jumpa mukanya nampak pucat, bila ditanya katanya letih sebab terlalu banyak kerja, dia tak banyak cakap sebab memang dia seorang yang pendiam” katanya.
Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, arwah dipercayai dalam perjalanan menghantar bekalan minyak dari Sungai Buloh, Selangor ke Lumut.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Khatijah Abdul Karim, 36, yang sedang hamil tujuh bulan dan tiga anaknya termasuk pasangan kembar, Mohamad Amar, Mohamad Amir, 9, dan Nor Afiqah, 8.
Bekas PM turut datang menziarah
Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menziarahi keluarga pemandu lori, Mohamad Suhaimi Khamis, 38 yang maut dalam insiden kemalangan tiga lori, Sabtu lalu.
Najib tiba di rumah ibu saudara, Khatijah Abdul Kasim, 36 (isteri allahyarham) di Kampung Kenangan di sini kira-kira jam 4.30 dan meluangkan masa hampir satu jam.
Beliau juga sempat menunaikan solat Asar berjemaah di rumah itu dan menikmati minum petang sebelum berangkat ke Semenyih.
Najib ketika ditemui menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah atas kehilangan insan tersayang yang menjadi ketua keluarga menyara nafkah.
” Saya datang untuk beri sokongan dan harap sedikit sebanyak dapat memberikan ketenangan jiwa kepada keluarga yang sedang menghadapi ujian berat ini.
” Ada beberapa perkara yang boleh dibantu untuk meringankan beban keluarga terutamanya berkenaan hal tuntutan insurans dan Perkeso yang boleh dipermudahkan urusannya.
” Insya-ALLAH kita juga tengok keperluan dari segi bantuan psrsekolahan anak-anak,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
sumber : sinarharian & Newsviral