Hari ini kita dapat menyaksikan Ustaz Ebit Lew kembali meneruskan kerja amal beliau selepas berehat sehari gara-gara ada individu membuat laporan.
Meskipun begitu, ia langsung tidak mematahkan semangat beliau untuk membantu masyarakat terutama golongan yang tidak berkemampuan.
Siang tadi Ebit Lew sekali lagi ke utara tanah air.
” Menangis lagi di Baling Kedah. Dah 2 hari tak tidur bila dapat berita tentang keluarga suami isteri dan 4 orang anak masih kecil-kecil dah setahun tinggal di bangsal atau khemah setahun dah.”
Itu luahan beliau dalam hantaran pertama yang mendapat 24k ‘shares’.
Sementara sebentar tadi beliau sekali lagi memuatnaik hantaran, perkongsian kemaskini mengenai keluarga yang dibantu.
Kandungan
- 1 Berikut adalah luahan dan kata-kata Ebit Lew:
- 2 Abu Syafiq Up Status
- 3 “Saya tidak akan buat permohonan maaf, sebab saya tak buat salah..” – Ustaz Abu Syafiq
- 4 Laarang sebab buka a1b
- 5 Saya tidak kenal dia pun
- 6 “Saya tak salah…” – Ust Abu syafiq
- 7 Lihat 4 Penceramah Ini Pertahankan Ustaz Ebit Lew Berkenaan Isu Bantuan Tak Ikhlas
Berikut adalah luahan dan kata-kata Ebit Lew:
“Syukur Alhamdulillah sahabat kita sekeluarga dah berpindah ke rumah sewa. Saya dah bayarkan 2 bulan.
InsyaAllah selagi mereka perlukan rumah tu saya bayarkan sewa rumah dan air elektrik. Terima kaseh tuan rumah.
Mula-mula mereka terkejut. Sebab katanya macam mimpi.
Anaknya happy jer dalam kereta saya tadi. Jiran baik semuanya ada yang datang membantu pindah tadi.
Sedih tengok. Saya pergi kedai perabot belikan 2 katil queen dan tilam. Serta 2 tilam single. Belikan tikar getah. Rice cooker.
Saya beri duit belanja buat keluarga dan anak-anak. Syukur pada Allah.
Isteri tuan rumah menangis tadi. Sebak saya. Katanya kenapa ustaz buat semua ini.
Jawab saya. Saya dulu miskin saya cuma nak Allah sayang. Miskin atau kaya bukan mulia atau hina.
Keduanya ujian dari Allah. Saya tengok anak kakak ini cerdik semuanya. Saya teringin nak bantu mereka belajar ke madrasah.
Tadi kelam kabut saya balik. Tak sempat cakap panjang. Tadi sambung berbual dalam phone. Saya kata saya akan bantu anak ini belajar sekolah agama atau madrasah. Biar dia jadi orang hebat dunia akhirat” tulis Ebit Lew lagi
Abu Syafiq Up Status
Umum mengetahui yang akaun Facebook milik Abu Syafiq telah dig0dam dan beliau kini aktif di IG dengan memuat naik pelbagai status dan video tapi ruangan komen telah ditutup untuk mengelakkan k3caman dari netizan. Banyak di lihat statusdan video dimuat naik gi IG beliau, seperti banyak menyindir pihak-pihak tertentu
Sementara itu, melihat status Abu Syafiq di IG, beliau memuat naik lagi satu status mengenai soal keikhlasan
“Saya ini bukan hanya mesti tolong orang sahaja kena Ikhlas. Nak buka puasa dan ibadah pun kena baca Bismillah dan ikhlas dlm ibadah. Betul tak?”
Tidak pasti pertanyaan terbaru ini ditujukan kepada siapa. Namun diharapkan Ustaz-ustaz ini kembali duduk semeja jika ada perkara-perkara berbangkit dari menegur secara terbuka seperti ini kerana boleh mengvndang spekvlasi antarq netizan di Malaysia
“Saya tidak akan buat permohonan maaf, sebab saya tak buat salah..” – Ustaz Abu Syafiq
Kerja khidmat masyarakat yang dilakukan oleh ustaz Ebit Lew telah mendapat t3ntangan beberapa pihak.
Antara nama yang sering dikaitkan dalam isu ini adalah Ustaz Abu Syafiq, yang didakwa memuat naik status di Facebook mempertikaikan cara ust Ebit Lew berkongsi mengenai sumbangan yang disalurkan.
Laarang sebab buka a1b
Bagaimana pun, Ustaz Abu Syafiq dalam satu temu bual telefon yang dibuat oleh bekas wartawan TV3, Ryzal Ibrahim, telah menjelaskan segala isu yang berbangkit kini.
Menurut Ustaz Abu Syafiq, kenyataan awalnya berkenaan menjaga ai1b orang miskin sebenarnya tidak ditujukan khusus kepada Ustaz Ebit Lew.
“Saya larang kalau sehingga mengaibkan orang tu…”
Saya tidak kenal dia pun
Namun, disebabkan kenyataan itu berpadanan dengan aktiviti kerja amal yang dilakukan oleh Ustaz Ebit, membuatkan ramai mula menyangka bahawa status tersebut di buat untuk pendakwah tersebut.
“Kenyataan saya tiada kaitan pun dengan Ebit Lew sebelum ini…saya tidak kenal dan tak pernah bercakap dengan dia…”
Akan tetapi selepas isu itu mula tular, pendakwah tersebut terus membincangkan mengenai soal cara perkongsian ustaz Ebit mengenai golongan yang menerima sumbangan dirasakan tidak menjaga a1ib.
“Saya tak salah…” – Ust Abu syafiq
Justeru, apabila ditanya mengenai permohonan maaf, Ustaz Abu Syafiq menyatakan ia bukanlah keperluan untuk kerana dia tidak melakukan apa-apa kes4lahan.
“Saya tidak akan buat permohonan maaf, sebab saya tak buat salah…”
Diharapkan, perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik tanpa perlu ada permvsuhan, kerana di bulan yang mulia ini tiada salahnya untuk saling bermaafan.
Lihat 4 Penceramah Ini Pertahankan Ustaz Ebit Lew Berkenaan Isu Bantuan Tak Ikhlas
Baru-baru ini, kecoh apabila Ustaz Ebit Lew (UEL) dikecam oleh beberapa golongan yang menganggap UEL tidak sepatutnya menunjukkan sumbangan yang diberikan buat tontonan umum.
Lebih teruk, UEL telah dipanggil oleh pihak polis untuk diberikan keterangan lanjut. Namun, semuanya kembali tenang apabila pihak polis telah pun mengesahkan pendakwah tersebut diberikan kebenaran untuk memberi sumbangan keperluan terutama makanan kepada golongan tidak berkemampuan ketika tmpoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Melihatkan isu ini, empat penceramah terkenal di Malaysia iaitu Ustaz Syamsul Debat, Ustaz Abdullah Khairi, Ustaz Haslin Baharim dan Dr. Izhar Ariff tampil untuk membahaskan isu ini dengan menggunakan panggilan video.
Berdasarkan video tersebut, rata-rata daripada penceramah tersebut bersetuju dan menyokong tindakan Ustaz Ebit Lew dalam menyampaikan dakwah dengan cara membantu golongan susah.
Teruskan usaha murni anda Ustaz Ebit Lew! Seluruh rakyat Malaysia berdiri di belakang anda
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih