Semak arah kiblat

Semak arah kiblat masing-masing hari ini

Posted on

Umat Islam di negara ini berpeluang menyemak ketepatan arah kiblat di premis atau kediaman masing-masing berikutan fenomena Istiwa A’dzam yang akan berlaku pada pukul 5.16 petang ini.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan berkata, Istiwa A’dzam ialah apabila kedudukan matahari tepat berada di atas Kaabah (12:16 tengah hari waktu Mekah).

Menurutnya, fenomena itu berlaku dua kali dalam setahun yang membolehkan umat islam di negara ini menyemak ketepatan arah kiblat di premis atau kediaman masing-masing.

“Kita boleh menyemak arah kiblat dengan menggunakan objek-objek tegak dan lurus sebagai alat pengukur bayang-bayang objek.

“Sila pastikan cuaca dalam keadaan baik (tidak mendung/hujan) supaya bayang-bayang objek jelas kelihatan dan mudah untuk ditanda,” katanya.

Katanya, sila pastikan waktu yang dirujuk diselaraskan dengan waktu sirim.

Jelasnya lagi, sebaik selesai membuat penandaan arah kiblat, maka bolehlah menyemak semula arah kiblat yang sedia ada atau membuat semakan arah kiblat di aplikasi telefon pintar masing-masing.

Fenomena Istiwa A’dzam berlaku dua kali setahun iaitu pada 28 Mei (5.16 petang) dan 16 Julai (5.28 petang).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.