Cara Bayar Zakat Fitrah Online

Semak Cara Bayar Zakat Fitrah Online Dan Kadar Zakat 2020 Ikut Negeri

Posted on

Panduan Cara Membayar Zakat Fitrah Online Dan Kadar Bayaran MengIkut Negeri.Tahun 2020/ 1441H. Umat Islam pembayar zakat fitrah di seluruh negeri di Malaysia adalah digalakkan untuk membuat pembayaran menerusi beberapa platform secara dalam talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Berikut dikongsikan panduan bagi orang ramai membuat bayaran zakat fitrah secara online serta kadar zakat fitrah bagi setiap negeri.

Pembayaran zakat fitrah termasuk jenis zakat lain seperti zakat harta, pendapatan asb boleh dibuat melalui Laman web rasmi Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) masing-masing ataupun menerusi aplikasi telefon pintar tertentu.

Cara Bayar Zakat Fitrah Online

BACA : Jangan Lupa Zakat. Ini Cara Kira Zakat ASB Oleh PPZ-MAIWP

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menyelaras urusan pentadbiran zakat seluruh negara telah mengeluarkan soalan lazim berkaitan pelaksanaan zakat fitrah berikutan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Walaupun seluruh negeri di Malaysia terikat dengan pelaksanaan PKP berikutan wabak COVID-19, zakat fitrah masih perlu ditunaikan sama ada secara atas talian ataupun menerusi amil yang dilantik dengan syarat mengamalkan langkah berjaga-jaga.

Panduan Cara Bayar Zakat Fitrah Secara Online & Melalui Aplikasi Telefon

Ikuti langkah mudah berikut untuk membayar zakat fitrah secara online pada bulan Ramadan tahun ini dengan klik pada pautan setiap negeri yang disediakan di bawah.

Kadar Zakat Fitrah 2020 Dan Link Pembayaran Online/ Atas Talian Mengikut Negeri

Pautan kepada kaedah pembayaran atas talian (online) yang disediakan di bawah telah disahkan oleh pihak MAIN dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) setiap negeri.

BACA : Cara Mohon Bantuan Zakat Kecemasan Bagi Mereka Yang Terjejas Pendapatan

1. Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur/ Putrajaya/ Labuan

KADAR ZAKAT

RM5/ RM7

LINK PEMBAYARAN

eBaitulmal MAIWP

PPZ MAIWP

2. Selangor

Lembaga Zakat Selangor

KADAR ZAKAT
RM/7/ RM14/ RM21
LINK PEMBAYARAN
Zakat Selangor

3. Johor 

KADAR ZAKAT
RM/7/ RM10
LINK PEMBAYARAN
http://www.maij.gov.my/zakatjohoronline/

Fitrah MAIJ

ePayment MAIJ

Johor Online Payment

SnapNPay Zakat

4. Kedah

KADAR ZAKAT
RM5/ RM7/ RM14/ RM21
LINK PEMBAYARAN
Jom Zakat Kedah

Lembaga Zakat Negeri Kedah

5. Kelantan

KADAR ZAKAT
RM/7/ RM14/ RM21
LINK PEMBAYARAN
e MAIK

6. Melaka

KADAR ZAKAT
RM/7/ RM14
LINK PEMBAYARAN
Zakat Melaka

7. Negeri Sembilan

KADAR ZAKAT
RM/7
LINK PEMBAYARAN
Zakat N9 FPX

8. Pahang 

KADAR ZAKAT
RM/7
LINK PEMBAYARAN
eZakat MUIP

9. Perak

Pusat Zakat Negeri

KADAR ZAKAT
RM/7/ RM14/ RM21
LINK PEMBAYARAN
eZakat MAIAMP

10. Perlis 

KADAR ZAKAT
RM/7
LINK PEMBAYARAN
MAIPS

11. Pulau Pinang

KADAR ZAKAT
RM/7/ RM16
LINK PEMBAYARAN
Zakat Pulau Pinang

12. Terengganu 

KADAR ZAKAT
RM/7
LINK PEMBAYARAN
MAIDAM

13. Sabah

KADAR ZAKAT
RM/6/ RM7.50
LINK PEMBAYARAN
Zakat Sabah

14. Sarawak

KADAR ZAKAT
RM/7
LINK PEMBAYARAN
Baitulmal Kamek

SUMBER : Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Berdasarkan Lembaga Zakat Selangor, waktu bagi menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5, iaitu:

  1. Waktu Wajib: Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal
  2. Waktu Afdhal: Sebelum Solat Hari Raya
  3. Waktu Sunat: Sepanjang Bulan Ramadhan
  4. Waktu Makruh: Selepas Solat Hari Raya sehingga terbenam matahari satu Syawal
  5. Waktu Haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal

Pembayaran Zakat Tanpa Akad Ijab Dan Qabul

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pembayaran zakat secara atas talian (online) adalah sah walaupun tidak disertakan dengan akad ijab dan qabul.

Ini kerana syarat sah pemberian zakat adalah pertama, berniat dan mempunyai hak pemilikan terhadap harta dan kedua, penyerahan dan penerimaan barang.

Cara Bayar Zakat Fitrah Online di fitrah.zakat.com.my

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.