Semakan Status BPR 2021 Secara Online, Jumlah Bayaran Bujang & Berkahwin

Posted on

Semakan Status BPR 2021 Secara Online| Seperti yang ditunggu-tunggu, Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR 2021 kini telah dibuka untuk permohonan semua.

BPR adalah bantuan terkini yang akan menggantikan BSH.

Tahukah anda apakah Bantuan Prihatin Rakyat dan adakah anda layak menerima bantuan ini?

APAKAH BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR 2021)

Dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada 6 November 2020, kerajaan mengumumkan bahawa bantuan tunai secara bersasar akan diteruskan melalui Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021).

Menurut Belanjawan 2021, berikut adalah kadar bantuan dan syarat kelayakan bagi BPR 2021.

Status BPR 2021

Semakan Status BPR 2021 Secara Online

1. Kategori Isi Rumah: Pendapatan Bawah RM2500
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) diperuntukkan sebanyak RM 1,200 bagi isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM 2,500 dengan satu orang anak.

Bagi isi rumah dengan dua orang anak atau lebih, kadar bantuan BPR 2021 ialah sebanyak RM1,800.

2. Kategori Isi Rumah: Pendapatan RM 2501-RM4,000
Kadar bayaran BPR yang akan diterima bagi isi rumah berpendapatan RM 2,501- RM 4,000 dengan satu anak ialah RM 800.

Manakala kadar bantuan RM 1,200 diberikan untuk isi rumah dengan dua anak atau lebih.

3. Kategori Isi Rumah: Pendapatan RM 2501-RM4,000
Kadar bantuan berjumlah RM 500 diperuntukkan bagi isi rumah berpendapatan RM 4,001- RM 5,000 dengan satu anak.

Manakala jumlah bayaran berjumlah RM 750 diperuntukkan bagi kategori isi rumah dengan dua anak atau lebih.

4. Kategori Bujang: Pendapatan RM2,500 Ke Bawah
Akhir sekali, kategori BPR bujang akan menerima RM 350 bagi yang layak, iaitu mereka yang berpendapatan RM 2,500 ke bawah.

Selain itu, had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun, berbanding syarat sebelum ini, iaitu 40 tahun.

CARA SEMAKAN STATUS BPR 2021

Untuk PERMOHONAN BARU BPR 2021, sila rujuk langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi BPR 2021 di https://bpr.hasil.gov.my 
  2. Klik butang LOG MASUK
  3. Isikan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  4. Tekan butang SEMAK STATUS
  5. Status anda akan dipaparkan

TARIKH AKHIR MEMOHON / KEMASKINI MAKLUMAT BPR 2021

Untuk makluman, tarikh akhir kemaskini maklumat adalah 25 Februari.

Jadi masih ada untuk membuat permohonan bagi yang belum berbuat demikian.

Sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi BPR 2021 di https://bpr.hasil.gov.my 
  2. Sila login menggunakan ID semasa permohonan BSH atau BPN sebelum ini
  3. Klik butang KEMASKINI
  4. Semak dan kemaskini maklumat yang diperlukan
  5. Semak dan buat pengesahan.
  6. Setelah semuanya ok, sila tekan butang HANTAR.

MAKLUMAT LANJUT

  • Hotline BPR LHDNM: 1-800-88-2747
  • Hotline BPR MoF: 03-8882 4565/03-8882 4566
  • E-mel: bpr@treasury.gov.my

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.