Senarai 12 Lagu Di Anugerah Juara Lagu Ke-34

Posted on

Selepas persaingan sengit selama tiga minggu, 12 lagu mara ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu Ke-34 yang bakal berlangsung Januari depan.

Keputusan itu diumumkan gandingan pengacara Sherry Al Hadad dan Haziq Hussni (Hot FM) pada pentas minggu terakhir Semi Final Muzik Muzik 34 (SFMM34) di Sri Pentas 2, Shah Alam, malam tadi.

Menariknya utk edisi kali ini, lagu judul sama iaitu Sumpah nyanyian Naim Daniel dan Aina Abdul antara 12 lagu yang layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-34.

Berikut merupakan 12 lagu yang layak ke Final AJL ke-34:

  • Drama – Drama Band
  • Kisah Cinta Kita – Hafiz Suip
  • Ku Bersuara- Ernie Zakri)
  • Anta Permana – Bob Yusof
  • Bangun -Aman RA
  • Sumpah – Naim Daniel
  • Ragaman – Fairuz Misran
  • Rampas – Akim & The Majistret
  • Dinda – Kugiran Masdo
  • Peneman – Hazama
  • Sumpah – Aina Abdul
  • Lembah Kesepian – Haqiem Rusli

Tahniah buat semua finalis yang bakal berentap di pentas akhir AJL34 yang dijadualkan berlangsung pada Februari depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.