Seorang guru wanita atau ustazah dilaporkan tiba-tiba hilang dari dari sekolah sejak semalam.
Kali terakhir Nur Farhana Binti Ibrahim, 27, dihantar suaminya untuk ke tempat beliau bertugas.
Suaminya, Mohd Azrai, 29, berkata
abang pagi itu dia menghantar isterinya ke tol Alor Setar untuk pergi ke tempatnya bekerja, kemudian menurunkannya disitu. Selepas itu isterinya menaiki kereta rakannya.
Katanya, kehilangan itu mula disedari selepas suaminya pulang ke rumah sekitar pukul 4.30 petang. Beliau dapati cuba hubungi Nur Farhana, tetapi panggilannya tidak dijawab. Pada 6.30 petang beliau bergegas ke rumah dan kelihatan telefon bimbit isterinya ditinggalkan di atas almari.
“Saya telah hubungi rakan-rakan isteri untuk bertanya, malangnya mereka juga tidak tahu
“Cuma mereka beri tahu kereta milik isteri saya masih diletakkan di luar kawasan sekolah
Berdasarkan apa yang dikongsi oleh guru besar sekolah tempat Nur Farhana bertugas, sehari sebelum laporan polis dibuat kali terakhir beliau dilihat di kantin sekolah.
Pihak sekolah dan suami Nur Farhana juga bekerjasama mencari beliau di kawasan sekitar sekolah.
“Saya dan isteri memang tidak mempunyai apa-apa masalah rumahtangga. Hubungan kami baik.
“Sebelum ini isteri saya pernah menjalani rawatan psikiatri untuk penyakit kemurungan di Kedah Medical Centre (KMC)
Sepanjang tempoh selepas laporan polis dibuat, masih lagi belum ada khabar berita. Sekiranya ada sebarang maklumat berkaitan boleh hubungi talian di bawah.
Mohon pertolongan. Puan NUR FARHANA BT HJ IBRAHIM. Berumur 27 thn. Seorang ustazah, telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Beliau mempunyai sejarah stress disorder dan pernah pengsan akibat stress.
Beliau last dikesan pada pukul 1 petang semalam di Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau tempat dia mengajar. Lepas tu terus hilang gagal dikesan. Tolong bantu Kesan di mana beliau berada..
Hubungi nombor :
0111 0649948/019 4589948 (abang- shauki) 01110769948 ( kakak-madihah)
Sumber : Mat bawang