Serpihan dipercayai komponen kapal selam TNI ditemui

Posted on

Beberapa serpihan dan barangan dipercayai komponen kapal selam KRI Nanggala 402 milik Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI) yang hilang Rabu lepas serta kesan tumpahan minyak ditemukan di perairan Bali.

Panglima TNI Hadi Tjahjanto dalam sidang media yang disiarkan menerusi youtube rasmi TNI (Puspen TNI) berkata, dasar laut lokasi penemuan serpihan, barangan dan kesan tumpahan minyak itu pada kedalaman 850 meter.

Hadi Tjahjanto berkata, kapal berkenaan yang diletakkan ‘submissed’ sebelum ini atau terputus hubungan, kini diletakkan ‘menuju fasa tenggelam’ (subsunk).

“Awal pagi tadi (jam 3 pagi) adalah batas akhir live support berupa ketersediaan oksigen di (kapal) Nanggala selama 72 jam, (oksigen kapal yang boleh bertahan selepas dilaporkan hilang dan dipercayai ‘blackout’),” katanya.

Antara barangan yang ditemukan pasukan pencari ialah bekas pelaras torpedo, paip pendingin, botol berwarna jingga dan sejadah.

KRI Nanggala 402 yang membawa 53 kru, dilaporkan terputus hubungan jam 4.25 pagi Rabu ketika dalam misi latihan penembakan torpedo, yang turut disertai 21 kapal TNI yang lain bersama lima pesawat tempur serta satu lagi kapal selam yang lain.

sumber: sinar harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.