Asal masuk sahaja bulan Ramadan, kita sudah pasti akan menantikan rancangan memasak nombor 1 di Malaysia apa lagi kalau bukan ‘Ketuk-ketuk Ramadan’.
Pejam celik rupanya rancangan itu sudah bersiaran hampir 15 musim! Ternyata aura rancangan ditambah pula karisma pengacaranya Sheila Rusly menjadikan ia bertahan lama sehingga kini.
Musim terakhir, tiada lagi ketuk2 Ramadan
Namun melalui salah satu muat naik dia IG Jinggo iaitu selaku pengarah dan penerbit rancangan itu ada menyatakan bahawa, musim ke-15 ini mungkin musim terakhir.
Video:
Sis nak mengundur diri
Menurutnya, sudah terdetik di hati Sheila Rusly untuk mengundurkan diri dan menamatkan rancangan masakan paling popular itu setelah bersiaran hampir lebih 10 tahun bersiaran.
Antara selebriti Malaysia yang pernah menjadi jemputan Ketuk2 Ramadan
Tidak dapat dinafikan, rancangan ini juga sedikit sebanyak membantu menaikkan nama para selebriti di Malaysia, untuk lebih dikenali masyarakat kerana jumlah tontonan yang ramai
Tolong teruskan Ketuk2 Ramadan
Walaupun belum diputuskan secara rasmi, namun rata-rata penonton setia Ketuk Ketuk Ramadan jelas berasa sedih apabila dikhabarkan rancangan kesayangan ramai itu bakal berakhir.
Dah 15 tahun sis, janganlah stop
Janganlah sis, Ketuk2 Ramadhan ni penghibur masa nak masak berbuka
Saya tunggu rancangan ni tiap tahun tauu
Harap terdetik jer, jangan la jadi kenyataan
Alaaa knp last??😭😭😭 sy membesar dengan rancangan ni… Ni salah satu cara nak ubat rasa rindu dekat arwah bapa sy😭😭 sbb slalu tgok dengan dia…bapa kata “belajar msak dari tv, skg dha senang xmcam dlu”..ermmm😭😭😭
Salah satu rancangan bulan puasa yg terhebat sejak musim pertama teribgat dok buat kuih raya depan tv tgk ketuk ramdhan masa darjah 5 sekarang dah umur 25 still menunggu ketika bulan puasa muncul..kami akan merinduinya