Di sini saya bukan nak ceritakan masaalah saya cuma nak ceritakan satu kisah teladan akibat kelalaian seorang ayah.
Kisah ni tentang kawan rapat aku. Dah berkahwin dan ada anak 2. Yang sulung dah nak masuk 5 tahun dan yang bongsu setahun lebih.
Dulu sbelum kahwin diaorang ni memang loving couple. Sampaikan aku nak muntah lihat kemesraan diaorang bila dah kawin. Sebelum ada anak masih lagi kekal loving.
Tapi bila anak dah ada dua, husband kawan aku ni mula berubah dan mula gilakan game ‘tmbak online’ yang tak berfaedah tu.
Semua kerja umah dari memasak hingga buang sampah pun kawan aku yang kena buat sedangkan husband dia balik kerja dan waktu cuti asyik mengadap benda alah tu.
Tapi aku respect kawan aku tu min. Tak pernah dia mengeluh aku boleh nampak kepenatan di wajah dia (kami juga berjiran).
Satu hari tu suami dia MC sebab demam tapi walaupun demam masih lagi boleh main benda alah tu.
Pagi hari tu kawan aku ni nak hantar anak yang sulung ke tadika jadi dia pesan pada si husband untuk tengok2 kan anak bongsunya yang masih lagi tidur.
Bila kawan aku ni balik rumah masuk dalam bilik tengok si anak ni takda di tempat tido. Bila di tanya si husband ni jawab ada kat ruang tamu kot cari patung mainan kegemaran si anak.
Tapi kawan aku ni bagitahu tak da pulak nampak kat ruang tamu masa dia masuk tadi. Bila di cari rupa2nya si anak ni tadi dah tertonggeng dalam baldi air sabun mop lantai.
Menjerit lah kawan aku tu satu taman boleh dengar sampai aku pun terkejut. Terus aku lari ke rumah dia. Menangis2 dia sambil angkat anak dia dan cuba lakukn CPR.
Aku yang masih terkejut ni tadi terus lari kerumah capai kunci kereta untuk ke hospital.
Si ayah ni tadi tahu apa dia buat cuma jadi orang bodo tercegat je kat tepi pintu bilik sambil pegang fon (bab* betoi aku mnyumpah dalam hati).
Bila aku start enjin kereta baru terhegeh2 nak pakai baju la seluarlah spender la. Takdanya kami tunggu si ayah terus aku pecut bawa kereta sampai di hospital doktor sahkn si anak ni tadi dah tiada.
Ya Allah pengsan kawan aku min kat bilik kecemasan zon merah tu min. Bila sedar asyik meracau tanya anak nya dah minum susu atau belum.
Sekarang ni kawan aku tu dah pulih berkat doa ibu dan ayah dia. Tak lagi merepek2 meracau tanya anak dia. Dan sekarang dia bercerrai dengan jntan bahalol tu.
Buat bby Ariana Nafisa, tenang la adik di sana aunti dan mama adik sayang adik. Tunggu mama adik and kakak di syurga ya.
Buat ibu dan ayah semua, jangan la lalai. Jaga lah permata hati anda sementara mereka masih ada. Al fatihah untuk bby Ariana. Tolong siarkan ye min.
Reaksi warganet
Perkongsian wanita ini mendapat pelbagai reaksi dari warganet. Lihat apa kata mereka.
Puteri Ar Raissayaa –Peringatan untuk semua yang ada anak kecil. Jangan simpan air dalam baldi dan kunci pintu bilik air sentiasa.
Budak2 kecil memang suka masuk bilik air ni. Dah terlalu banyak kes macam ni. Takziah untuk keluarga mngsa.
Nurfadahilah Zaini –Kerana game, hilang nyawa anak. Aku harap si bapa tu hidup dalam penyesalan yang tak berkesudahan.
Aisyah Aziz –Agak2 kes macam ni bapaknya tak kena tangkap ke? Sebab lalai. Yang mane ada suami kaki game sila copy paste cerita ni dan hantar kat wasap suami2.
Biar dorang baca dan jadi contoh supaya tak de lagi lelaki bhalol yang lalai sebab game.
Najwa Baharom –Nak main game tu boleh, tapi jangan taksub sangat. Mti game bole main lagi, mti anak tu je satu2 nyawa. Mintak dijauhkn la.
Anis Nadiah –Saya dulu sebelum kahwin pun kaki game jugak. Ps2, game computer macam dota semua main, tapi lepas kahwin ada anak, semua tu dah tinggal terus.
Dah makin berusia kenalah tau tanggungjawab dan apa yang penting. Sekarang adik beli ps4 pun tak teringin dah nak main. Nanti esok2 mti kena soal di sana lagi teruk.
Rashidah Samsudin –Aku ni kalau subuh2tu nak nganto anak sulung tunggu bas sekolah, akuu kunci semua pintu bilik dan bilik air.
Walau yang kecik tu tido kat bilik dengan bapaknye. Akuu tak percaya hahaha. Dia bukan sedar anak nangis kat sebelah.
So memang dari yang kecik ni, aku dah suruh laki aku buat lock kat pintu bilik air. Sebab budak memang akan tuju ke bilik air dulu projek dia.
Dulu anak asuhan aku pon penah lemas dalam bilik air. Air dah masuk kat paru2 tapi nasib sempat di selamatkan dan nasib juga kejadian tu masa dia dengan mak dia.
Kalau jadi kat umah akuu. Pengsan wey nak menjawab. Ape pon moga si ibu kuat. Bersyukur lah ade yang menantimu di syurga.
Buat para suami, Jadikan cerita ni sebagai teladan. Sesungguhnya anak tu amanah Allah. Jangan di sia2kan. Kalau tak nak tolong jaga anak pon make sure rumah korang selamat untuk anak korang main.
Sumber : Kisah Rumah Tangga
Perkongsian diatas awalnya disiarkan di laman FB KRT pada bulan September yang lepas. Namun ambillah kisah ini untuk kita jadikan pengajaran.
Yang baik itu kita jadikan tauladan, yang buruk kita jadikan sempadan. Apa pula kata anda. Kongsikan, moga bermanfaat buat semua.
foto hanya hiasan.