Beberapa nama ahli politik disebut-sebut sebagai calon untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatan Perdana Menteri hari ini.
Antara nama yang disebut-sebut ialah Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
Terdahulu, Muhyiddin telah meninggalkan Istana Negara selepas menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.
sumber: Kosmo Online