Zaman sekarang ni susah nak cari kawan atau sahabat yang setia. Ramai yang sanggup bersama ketika senang tapi tak ramai yang setia ketika waktu susah.
Baru-baru ini, Fasha Sandha memuat naik sebuah posting di akaun Instagram miliknya mengenai perbualannya bersama rakan artis, Nur Fazura.
Menerusi posting tersebut, Fasha meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan sahabat yang baik dan pemurah seperti Fazura. Menurut Fasha, Fazura yang dikenali sejak dulu lagi sememangnya seorang yang sangat pemurah.
Tambah Fasha lagi, inilah antara sebab kenapa Fazura sentiasa bahagia dan sentiass dimurahkan rezeki. Rupanya setiap tahun Fazura akan menghadiahkan baju raya kepada Fasha setiap tahun sejak dia bergelar ibu tunggal.
Rata-rata netizen memuji sikap Fazura yang bukan saja seorang yang cantik dari segi luaran, malah hatinya juga sangat cantik. Diharap persahabatan mereka berkekalan sampai bila-bila.