Sejak 20 April 2020, Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) telah mengesahkan tambahan 1,111 jangkitan kes COVID-19 di republik itu yang menjadikan keseluruhan kes kepada 9,152.
Susulan daripada itu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong telah memutuskan bahawa Singapura akan melanjutkan Pemutus Rantaian ke empat minggu lagi iaitu hingga 1 Jun 2020. Langkah-langkah yang lebih ketat dititikberatkan dalam fasa tersebut.
Katanya dalam sidang media yang di negara tersebut, kerajaan akan terus membantu perniagaan dan pekerja di negara tersebut dalam tempoh lanjutan ini.
“Bagaimanapun kami tidak boleh menamatkan sepenuhnya pada 4 Mei. Kami terpaksa membuat keputusan untuk melanjutkan lagi Pemutus Rantaian empat minggu lagi iaitu 1 Jun 2020.”
Singapura lanjut tempoh Pemutus Rantaian empat minggu lagi sehingga 1 Jun @BernamaTV pic.twitter.com/VxGplQya1u
— DaulTGM (@DaulTGM) April 21, 2020
Singapore extends circuit breaker for four more weeks until June 1 -- PM Lee@leehsienloong#COVID19 #Singapore pic.twitter.com/ywAJ87hrwT
— BERNAMA (@bernamadotcom) April 21, 2020
Sumber: Bernama