Siti Nurhaliza Beritahu Dia Sedia Untuk Hamil, Cuma Kena Tunggu Benda Ni Dahulu

Posted on

Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyimpan hasrat untuk menambah seorang lagi cahaya mata.

Ibu kepada Siti Aafiyah ini bagaimanapun berkata, beliau hanya bersedia untuk hamil lagi dalam tempoh setahun akan datang.

“Memang kalau boleh nak tambah lagi, namun bergantung kepada rezeki Allah.

“Walaubagaimanapun sebaiknya biarlah selepas usia Aafiyah memasuki dua tahun,” kata Siti kepada mStar Online.

Isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini ditemui ketika majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-40 baru-baru ini.

Mengulas mengenai perancangannya selepas memasuki usia 40 tahun, Siti berkata beliau mahu melihat karier nyanyian dan perniagaannya terus berkembang maju.

“Bagi saya usia 40 tahun ini adalah keberkatan Allah kepada saya. Sebenarnya saya tak sabar nak tengok sejauh mana pecapaian selama ini.

“Saya juga harapkan Allah kurniakan keimanan yang tinggi kepada saya selain mengenai urusan kerja dan bisnes,” katanya.

Lihat video di bawah

Dalam pada itu, kehadiran Siti Aafiyah dalam hidup mustika hati negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bukan sekadar pelengkap rumah tangga penyanyi itu dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa.

Sebaliknya, cahaya mata yang akan berusia setahun pada Mac depan merupakan amanah dan tanggungjawab yang besar buat Siti Nurhaliza yang genap usianya 40 tahun hari ini.

Tidak ada hari tanpa Siti Nurhaliza melafazkan rasa syukur dan beruntungnya kerana dihadirkan Siti Aafiyah selepas 11 tahun berkahwin.

“Secara peribadi saya bersyukur penantian selama 11 tahun ketika itu, Allah SWT telah perkenankan dengan kehadiran Aafiyah pada tahun ke-12 (perkahwinan).

“Jadi pada tahun ini ia merupakan satu tanggungjawab baru kerana apabila Allah kurniakan cahaya mata bagaimana yang saya inginkan itu merupakan satu tanggungjawab untuk membesarkan aafiyah dengan cara yang terbaik,” katanya ketika ditemubual oleh krew Astro AWANI di kediamannya

Setelah berehat agak lama bagi memberi tumpuan kepada cahaya matanya, Siti Aafiyah, beliau juga mengakui, berdebar untuk kembali ke dalam industri kerana ia merupakan satu pertaruhan besar buatnya untuk kembali.

Namun, Sejak lagu Anta Permana di perkenalkan di media sosial, masyarakat dapat menerima lagu tersebut dengan baik, sehingga munculnya Anta Permana Challenge, beliau berasa yakin untuk kembali.

Baginya, Hael Husaini dan Ezra Kong yang mencipta lagu berkenaan telah melakukan yang terbaik sehingga berjaya mendapat tempat di carta-carta radio tempatan.

Tambahnya, gaya penyampaiaan buat lagu Anta Permana agak berbeza kerana dia menekankan cara nyanyian ala Allahyarham Puan Sri Saloma.

Baginya tidak semua lagu sesuai untuk dinyanyikan dengan gaya yang mendayu-dayu namun lagu Anta Permana telah dicipta sebegitu dan ia merupakan satu langkah yang baik untuk kembali dengan lagu tersebut.

Dalam pertemuan itu juga, penghibur yang sudah 23 tahun menyanyi turut menzahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang menyokong perjalanan seninya selama ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Suaraviral

sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.