So Sweet! Hannah Delisha & Imam Shah Berlakon Bersama Selepas Bergelar Suami Isteri

Posted on

SELEPAS mengumumkan sudah berumah tangga, aktres Hannah Delisha berkongsi perasaan teruja dapat bergandingan dengan suaminya iaitu pelakon Singapura, Imam Shah dalam sebuah drama Kisah Rumah Tangga: Rindu Salah Alamat yang ditayangkan di saluran Astro Ria.

Menurut Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch, 26, drama tersebut merupakan gandingan pertama mereka di Malaysia, malah selepas bergelar suami isteri.

“Projek lakonan pertama bersama suami di Malaysia. Sebelum ini kami pernah digandingkan bersama dua tahun lalu di Singapura.

“Kisah Rumah Tangga: Rindu Salah Alamat ini merupakan drama genre berbeza daripada yang kami pernah berlakon sama sebelum ini.

“Sangat teruja dengan drama ini, sila maafkan muka penat kami dalam drama ini. Menjalani penggambaran dalam bulan Ramadan sangatlah mencabar,” katanya.

Sementara itu, suami Hannah, Imam, 32, turut memuat naik satu foto di laman Instagram menunjukkan babak lakonan mereka dalam drama arahan Uchee Fukada itu.

“One for the lady,” tulisnya ringkas menerusi kapsyen gambar mereka sedang berpegangan tangan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa gembira dan tidak sabar mahu menyaksikan naskhah yang menggandingkan pasangan selebriti ini.

Drama karya pengarah hebat Shahrulezad Mohameddin itu akan dibintangi pasangan kelahiran Singapura ini dan rata-rata warganet tidak sabar menyaksikan gandingan mereka berdua ini.

“Akhirnya, bergandingan bersama dalam satu drama,” komen salah seorang pengikutnya.

“Manis sangat sampai bersemut, semoga hingga ke Jannah,” ujar warganet.

Terdahulu, pasangan ini diijabkabulkan di Singapura pada 18 Februari tahun lalu selepas lima tahun bercinta.

Sumber: Instagram Imam Shah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.