Suami Gali kubur isteri kerana terlalu rindu

Posted on

Seorang lelaki di Kota Semarang, Jawa Tengah Indonesia bertindak menggali kubur isterinya kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa pasangan hidupnya telah me­ninggal dunia, lapor portal Suara.com kelmarin.

Klip video yang dikongsi di laman Instagram @fakta.indo itu menunjukkan lelaki berkenaan berusaha sekuat tenaga menggali kubur tersebut menggunakan cangkul tanpa dibantu sesiapa.

Menurut keterangan video, lelaki itu tidak dapat melupakan arwah isterinya sehingga ter­desak menggali kembali jenazah yang telah dikebumikan itu.

Bagaimanapun, lelaki itu dilihat tersungkur di kubur isterinya sebelum kerja menggali itu selesai.

Raut wajahnya kelihatan sedih ketika memandang kubur isterinya.

Video berdurasi 15 saat itu ditonton lebih 400 ribu kali dan dibanjiri komen netizen yang kebanyakan meluahkan kata-kata simpati.

“Peringkat tertinggi mencintai adalah ikhlas,” komen seorang pemilik akaun.

“Membuktikan bahawa lelaki itu sangat setia,” balas seorang netizen.

“Dalam sekali cintanya,” luah seorang lagi.

“Kasihan isterinya mahu bersemadi dengan aman,” ujar seorang pengguna laman tersebut.

Belum move on

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.