Hannah Delisha

“Tak Banyak Gambar Suami, Segala Memori Saya Simpan Dalam Hati”

Posted on

Pelakon Hannah Delisha mendedahkan suaminya, Imam Shah kurang gemar bergambar dan mereka jarang bergambar berdua.

Hannah Delisha berkata sejak sebelum mendirikan rumah tangga dia dan suami jarang berkongsikan foto di media sosial.

“Perkara ini sudah menjadi kebiasaan buat kami. Dari sebelum kahwin lagi kami tak kongsi gambar masing-masing.

“Sebenarnya susah untuk kami bergambar bersama. Kalau tengok galeri gambar dalam telefon saya pun tak banyak gambar kami bersama. Segala memori bersama banyak saya simpan dalam ingatan dan hati ,” katanya.

Baca: Biodata Dan Perkara Menarik Tentang Hannah Delisha

Hannah Delisha

Sementara itu, apabila ditanya adakah dia dan suami mengambil langkah tidak terlalu berkongsikan kebahagiaan di media sosial, Hannah berkata tiada sebab dia berbuat demikian.

“Mungkin sebab sebelum kahwin lagi kami sudah terbiasa tidak berkongsi tentang satu sama lain dalam media sosial.

“Jadi perkara itu terbawa-bawa sehingga sekarang. Tambahan pula saya rasa perkara ini tidak menjadi satu masalah buat kami.

“Saya faham setiap orang ada pandangan dan persepsi masing-masing tentang perkongsian hal peribadi dalam media sosial. Saya hormati mereka, tapi bagi saya dan suami, kami lebih suka begini,” katanya.

Terdahulu, Hannah mendirikan rumah tangga dengan Imam Shah yang juga berasal dari Singapura pada 18 Februari 2021 selepas lima tahun berkenalan.

SUMBER: HibGlam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.