Suami lapar naik angin isteri leka main telefon

Posted on

Sebuah video yang memaparkan aksi seorang isteri yang leka bermain telefon bimbit sehingga tidak memasak dan membiarkan dapur dalam keadaan berselerak menjadi tular di media sosial selepas dikongsikan oleh suaminya sendiri, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok itu, seorang lelaki didakwa suami wanita berkenaan memberitahu bahawa dia berasa marah selepas mendapati isterinya tidak menyediakan sebarang makanan buatnya ketika dia pulang dari kerja.

Selain itu, terdapat banyak pinggan kotor yang belum dicuci di dalam sinki. Wanita berkenaan juga dilihat sedang leka bermain telefon bimbit.

Disebabkan tidak memasak, wanita itu menyuruh suaminya memasak mi segera dengan meminta dia membasuh pinggan kotor untuk digunakan.

“Isteri jenis apa ini? Salahkah kalau saya menghalau dia keluar dari rumah?” tulis lelaki tersebut pada keterangan video.

Video itu mendapat pelbagai komen daripada netizen dengan ada antaranya yang menyokong lelaki tersebut, bahkan ada yang mempersoalkan mengenai tanggungjawabnya.

“Banyakkan bersabar. Penat lelah anda akan menjadi ibadah. Apa yang penting, jangan dilepaskan kemarahan kepada anak,” komen seorang netizen.

“Berapa jumlah duit belanja dapur yang diberi kepada isteri? Tak mungkin kalau sering diberi duit belanja tapi isteri tidak masak apa-apa. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya,” kata seorang pengguna lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.