“Suami Luluskan Adegan Seksi Dalam Video Muzik” – Fazura

Posted on

Bakal melancarkan video klip single terbaru berjudul, Can’t Forget Me, Fazura berdebar menantikan ‘kelulusan’ suami, Fattah Amin berkenaan dengan lirik dan video klip tersebut sebelum dilancarkan.

“Bila Fattah tengok video itu, risau juga terutama bahagian baring-baring dan takut juga saya tengok juga reaksi dia di sebelah saya. Sebaliknya dia puji video itu ‘meletup’ dan alhamdullilah lulus”

Sebelum itu, Fazura memberitau suaminya sempat bergurau bertanya adegan-adegan seksi didalam video klip berkenaan hanya untuk mengusiknya. Bagaimanapun Fazura menjelaskan klip tersebut ada mesej ingin disampaikan.

“Risau juga, sesetengah liriknya seksi-seksi dan dia sempat gurau ‘apa seksi-seksi ni?’. Dia faham apa yang saya nak terjemahkan. Ia bukan berunsurkan seksual, tapi sebenarnya bermaksud memperkasakan diri,” katanya.

Untuk pengetahuan, lagu Can’t Forget Me adalah hasil ciptaan komposer dari Los Angeles, California, Amerika Syarikat iaitu Will Beaman dan Cameron Forbes. Lagu terbabit serta video klipnya bakal dilancarkan pada 18 Januari.

sumber : rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.