Suami Orang Selalu Mimpikan Uqasha Senrose, Minta Berkenalan

Posted on

Dengan wajah cantik bak bidadari siapa yang tidak tergoda melihat kecantikan Uqasha Senrose. Terbaru, Uqasha mendedahkan seorang lelaki, juga merupakan suami orang mengirim pesanan mesej untuk berkenalan.

Apa yang mengerikan, lelaki itu menceritakan Uqasha sering hadir dalam mimpinya dan beliau sering memikirkannya. Mengikut naluri hatinya, lelaki itu bertindak berterus terang untuk berkenalan tanpa niat ingin berkahwin lagi.

Selain itu, lelaki itu juga megakui sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Malah lelaki itu memberitahu ada sedikit rasa sayang kepada Uqasha namun tidak memaksa Uqasha andai beliau tidak berminat kepadanya.

Bagaimanapun Uqasha yang menerima kiriman mesej itu Selasa lalu terkejut dengan pengakuan jejaka itu juga takut kerana keberanian yang ditunjukkan. Namun Uqasha tidak mendedahkan identiti terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.