Lelaki yang mempunyai lebih satu isteri perlu memohon kebenaran polis jika mahu bergerak lebih 10 kilometer (km) radius dari kediaman untuk melawat isterinya yang lain.
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, berkata pihaknya akan mempertimbangkan dan meneliti alasan permohonan itu sebelum ia diluluskan atau sebaliknya.
BACA: 10 Tips Mudah Kumpul Duit Kahwin RM20,000
“Seperti prosedur operasi standard (SOP) digariskan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang awam dibenarkan bergerak lebih 10km radius atas sebab tertentu termasuk hal kecemasan namun perlu menyertakan dokumen dan bukti.
“Kalau ada yang melawat isteri lain di kawasan berbeza, mereka perlu membuat permohonan di balai terdekat. Polis akan teliti permohonan berkenaan dan terpulang kepada mereka untuk meluluskan permohonan itu atau sebaliknya.
“Saya sebagai Ketua Polis Selangor tak pernah lagi berhadapan kes seperti ini (lelaki mohon nak melawat isteri lain), mungkin Ketua Polis Daerah ada (berhadapan kes sebegitu),” katanya pada BH, hari ini.
sumber : berita harian
BACA : 15 Perkara Paling Seronok Kahwin Ketika Usia 20-an