Hampir tiga tahun berhadapan dengan masalah rumahtangga, penantian penyanyi Ezlynn bakal berakhir apabila suaminya, Adam Fahmy menyatakan persetujuan untuk bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah semalam.
Penyanyi lagu Hi Bye Bye itu kemudiannya memuat naik sebuah gambar berserta kapsyen seakan-akan lega dengan keputusan tersebut.
Menerusi postingnya itu, jelas kelihatan seperti Ezlynn turut bersyukur kerana akhirnya semua orang sudah tahu akan kebenarannya.
Berikut kapsyen penuh yang ditulisnya:
“Yeay…done.. good day indeed… Alhamdulilah finally everyone knows the true now…”
Mahkamah menetapkan 21 Ogos ini untuk sebutan semula kes mereka.
Dalam pada itu, Ezlynn turut memuat naik madah dalam Bahasa Inggeris yang berbunyi:
“Semua orang berhak untuk gembira. Bukan di dalam pelukan seseorang yang buat kamu ternanti, tetapi milik seseorang yang akan sentiasa berada di sisi, mencintai kamu selamanya dan tidak akan meninggalkan kamu.” Berserta kapsyen, “Morning everyone Alhamdullilah pagi ni bangun hati sangat tenang… walaupun dah tahu jawapannyer… means I’m happy where I’m now.. the best decision I ever made.. happy working everyone…“
Ezlynn memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya itu pada awal Januari lalu mengikut Seksyen 47 (5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.
Spekulasi mengenai kegoyahan rumah tangga Ezlynn dan Adam dihidu media selepas khabar angin dia dimasukkan ke hospital kerana dipercayai menghadapi tekanan berkaitan isu rumah tangganya bertebaran di blog-blog hiburan tempatan.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga 6 tahun lalu iaitu pada 20 November 2011 dan tidak dikurniakan cahaya mata.