Kecoh sebelum ini apabila penyanyi dan pelakon dari Singapura, Aliff Aziz didakwa berlaku curang selepas didapati bersama seorang artis, Oktovia Manrose di sebuah kelab malam.
Pendedahan yang dibuat oleh isteri Aliff sendiri, Bella Astillah itu telah dimuatnaik di Instagramnya.
Komen di Instagram Bella
Walaupun Aliff dah memohon maaf berhubung perkara itu dan telah diterima oleh isterinya, sebuah komen yang ditinggalkan dalam Instagram Bella menarik perhatian netizen.
Seorang lelaki telah berkongsi kehidupan yang dirindui selepas kehilangan isterinya 2 tahun lalu.
Dalam catatannya, lelaki ini menyesal meninggalkan isteri dan anak kerana selalu pulang lewat malam demi kerja.
“..Kau takkan rasa benda ni selagi hati kau masih lagi punya ‘keseronokan’ paling utama..”
Dia juga mengingatkan Aliff, keseronokan yang dilakukan sekarang akan hilang begitu saja suatu hari nanti.
Waktu cutilah masa yang ada untuk luangkan dengan keluarga. Masa itulah akan buat kita teringat-ingatkan isteri tersayang bila dah tak ada.
Dia juga sempat nasihatkan Aliff untuk henti sakitkan hati Bella. Nanti orang lain bahagiakan Bella, baru tahu!
“Agaknya inilah perasaan ayah aku..”
Komen lelaki ini pun dah viral kat laman Twitter. Siapa tak sedih weh bila baca luahan hati dia.
Hanya yang pernah rasa kehilangan orang tersayang je tahu pahit perasaan tu.
Ini bukanlah kali pertama Aliff ditangkap berlaku curang. Sebelum ini, dia didakwa melakukan perkara sama bersama Afifah Nasir semasa belakon dalam sebuah drama lain.
Aliff dan Oktovia dikatakan ada hubungan menjalin ‘cinta lokasi’ selepas membintangi sebuah telefilem.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Ariana Rose.
Sumber : Lobak Merah