Subhanallah, Cantiknya! Dah Macam Kat Jepun, Musim Bunga Sakura Mewarnai Daerah Tawau

Posted on

TAWAU, SABAH: Persiaran Traulsen berhampiran Jalan Pesisiran atau lebih dikenali sebagai ‘Highway’, di sini, menjadi tumpuan ribuan pengunjung untuk menyaksikan keindahan musim bunga sakura, sejak awal minggu lalu.

Kuntuman berwarna merah jambu dan putih di sepanjang jalan berkenaan, cukup mempesonakan seolah-olah suasana musim bunga sakura di Jepun.

Hasil Tinjauan mendapati orang ramai teruja merakam gambar menarik berlatarkan pokok bunga sakura yang juga dikenali sebagai tekoma atau nama saintifiknya, tabebuia roseadi.

Nur Alina Muhammad Abduh, 32, berkata beliau bersama suami, Kamarulnizam Ramang, 32, menggunakan masa terluang pada cuti hujung minggu untuk berkunjung ke Persiaran Traulsen dan mengambil gambar berlatarbelakangkan bunga berkenaan.

 

“Ramai kawan berkongsi gambar mereka dalam laman sosial seperti Facebook dan Instagram, seolah-olah merasai suasana musim bunga sakura di Jepun.”

“Sebelum ini, memang ramai mengetahui kewujudan pokok bunga sakura di sini tetapi ia agak berbeza selepas kawasan persisiran pantai dinaik taraf kerana pemandangan dan landskap bertambah ceria serta menarik,” katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Alijus Sipil, ketika dihubungi pula berkata fenomena setahun sekali itu kebiasaannya bermula dari penghujung Mac hingga April.

Beliau berkata, beberapa kawasan lain seperti Jalan Utara berhampiran Taman Awam Muhibbah dan jalan utama, termasuk di hadapan Sabindo Plaza, turut dihiasi pokok tekoma yang ditanam sejak lebih 10 tahun lalu.

“Kerja menaik taraf taman rekreasi dan kawasan sepanjang Persiaran Traulsen sedang giat dijalankan. Kita yakin apabila ia siap sepenuhnya kelak, kawasan itu mampu menjadi tarikan baharu di daerah Tawau,” katanya

BULAN LALU FENOMENA SAMA BERLAKU DI YAN

Fenomena musim bunga sakura mekar bukan perkara yang baru dalam negara kita. Kira-kira 2 minggu lalu, fenomena yang sama berlaku di Yan, Kedah.

Ada pengunjung yang meraikan sambutan hari jadi untuk ahli keluarga di situ, ada yang membawa peralatan ‘Prop’ seperti anak patung ‘teddy bear’, gitar,selendang, payung, pakaian tambahan untuk merakamkan gambar kenangan dalam pelbagai aksi dan gaya masing-masing

Cuaca Panas dan kering secara berterusan menggalakkan proses pendebungaan bunga tecoma dan ia boleh bertahan sehingga tiga minggu, bagaimanapun tempoh tersebut akan menjadi lebih pendek jika berlaku hujan berpanjangan.

Bunga tersebut dikenali sebagai sakura dalam kalangan penduduk bagi memberi gambaran yang mudah tentang musim bunga di negeri ini yang seakan-akan musim bunga sakura di Jepun.

Sumber : Berita Harian & Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.