Sufian Suhaimi Bosan Dengan Politik Lucah

Posted on

Kebelakangan ini hangat cerita rakaman lucah dua lelaki membabitkan ahli politik, turut tidak ketinggalan memberikan pendapat, Sufian Suhaimi yang kecewa dengan budaya politik lucah di Malaysia.

“Orang Muda Nak Tengok Kemajuan, Bukan Siapa Main Siapa”

Menerusi laman Twitter, Sufian meluahkan rasa bosan dengan permainan budaya politik lucah dikalangan ahli politik. Tulis Sufian, anak muda ingin melihat apa yang kerajaan mahupun pembangkang dapat berikan dalam memajukan negara.

Tambahnya lagi, bukan pembangunan yang ditunjukkan kepada rakyat tetapi hubungan ‘songsang’ dikalangan politik pula yang dijaja. Jelas Sufian, biarpun sudah 2019, negara kita masih banyak ketinggalan di belakang.

Rata-rata ‘tweet’ Sufian kali ini turut mendapat sokongan peminat yang bersetuju dengan pandangan penyanyi itu. Ada juga yang sempat bergurau meminta Sufian bertanding dalam bidang politik menjadi YB Pian.

Apapun apa yang baik kita sokong, apa yang tidak baik abaikan saja. Mungkin ada benarnya kenyataan Sufian bahawa rakyat sudah bosan dengan trend video lucah ini. Apa pula pendapat anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.