Sufian Suhaimi, Elfira Loy Putus Tunang Kerana Wang Hantaran?

Posted on

Biarpun tali pertunangan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy sudah pun berakhir, namun peminat masih berteka-teki dan membuat spekulasi sendiri mengenai punca perpisahan mereka. Terbaru, ada natezin mendakwa kegagalan Sufian menyediakan wang hantaran menjadi punca.

Seorang individu bernama @rayzman123 menerusi Instagram mendakwa maklumat tersebut kononnya diperolehi beliau apabila didedahkan oleh seorang kenalan rapat keluarga Elfira. Jelasnya Sufian tidak dapat menyediakan wang hantaran seperti diminta keluarga Elfira.

Perkara tersebut didedahkan melalui ruangan komen pada satu laporan daripada m Star Online. Bagaimanapun ramai meragui kesahihan maklumat tersebut dan meminta individu itu tidak mengeruhkan lagi keadaan yang sudah selesai.

Artikel Berkaitan : Sufian Suhaimi, Elfira Loy Putus Tunang Sebab Kehadiran Orang Ketiga?

Manakala menerusi laporan Utusan Online, Sufian meminta agar peminat tidak terus membuat spekulasi liar mengenai punca perpisahan mereka. Menurut Sufian, perit buat mereka menghadapi dugaan ini, jadi biarlah mereka saja tahu kebenaran disebalik perpisahan yang berlaku.

Kami juga tidak pasti sejauh mana kesahihan maklumat berkenaan. Biarlah mereka mengunci kebenaran disebalik perpisahan mereka daripada membangkitkan dan membuatkan ramai hati terluka.

SUMBER M STAR ONLINE

1 comment

  1. Ku Cuba pertahankan
    Separuh Jiwaku hilang ikut terbang bersamamu
    Episod Cinta hitamku kini berulang kembali
    Berulang Kembali menguasai diriku ini
    Oh Tuhan, Ku Mahu yang terbaik
    Terbaik Buatku, Insan Kerdil ini.

    Agaknya doa Pian dimakbulkan….yang terbaik bukan El.

    Zaman sekarang tak payah cakap buruk orang. Yang bagitau tu biasanyalah yang agak kurang sikit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.