“Sumpah lawak setiap kali dia cakap” – Penumpang Terhibur Dengan Pengumuman Krew AirAsia Ini

Posted on

Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia terkenal bukan saja dengan harganya yang rendah tetapi penerbangan ke pelbagai kawasan yang diliputi.

Malah, syarikat ini telah berjaya merangkul pelbagai anugerah antarabangsa termasuk Anugerah HR Asean 2019 bagi tempat kerja terbaik dan Syarikat Tambang Rendah Terbaik di World Travel Awards tahun lalu.

Penumpang kongsi video penerbangan AirAsia

Syarikat yang diasaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tony Fernandes memang bijak mengambil hati para penumpang.

Antaranya dengan menawarkan hiburan dan perhatian khusus buat mereka.

Tengok saja video dikongsikan pengguna Twitter ini semasa penerbangannya bersama AirAsia baru-baru ini.

VIDEO :

“Jika terdapat asap, tunduk..tunduk..tunduk..”

Video milik Azrul Akmal ini berjaya terima lebih 20,000 RT dan 13,000 Favorites di Twitter.

Antara dialog yang disebut dalam pengumuman keselamatan berkenaan adalah:

Semasa kecemasan, tinggalkan barang-barang anda, teman lelaki anda, teman perempuan anda apabila keluar dari pesawat.

Jika terdapat asap, tunduk..tunduk..tunduk..dan gunakan lampu di atas lantai ke pintu yang terdekat.

Pelan keselamatan ini ada terdapat dalam slide tempat duduk di hadapan anda. Sila baca dengan teliti. Terdapat pelbagai gambar menarik di dalamnya..kecuali saya.

Anda dilarang merokok di sepanjang perjalanan. Merokok di dalam tandas akan mengaktifkan isyarat kecemasan..tiit tiit tiit tiit..

Suara milik krew kabin

Sumpah berdekah dengar pengumuman ni. Tapi menariknya, ia bukan dibuat oleh juruterbang pesawat sebaliknya, ia milik krew kabin senior, Fitri Zubir.

Sebaik saja posting berkenaan viral, Fitri yang sudah beberapa tahun berkhidmat dengan syarikat penerbangan itu, turut meminta kebenaran untuk menyimpan video berkenaan.

Yang kelakar tu, Fitri sekali lagi selitkan lawak semasa penerbangan hendak mendarat sebaik tiba ke destinasi.

VIDEO :

Semoga AirAsia terus berikan servis terbaik dan menghiburkan buat para penumpang. Barulah kita seronok nak naik!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: LobakMerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.