Persis kilat sabung-menyabung dan guruh berdentum di langit. Begitulah juga kontroooversi yang menghimpit pelakon Fathia Latiff, bagaikan tiada tanda nak surut.
Bukan tidak pernah mencuci kotoran kontrooversi yang melekat pada dirinya, bahkan pelakon berusia 32 tahun itu dilihat seolah-olah sengaja mencalit kontrooversi baharu dalam hidupnya.
Belum reda dengan kontroversi lapuknya, lembaran 2019 yang sepatutnya menjadi buku baharu seakan-akan muusnah sekelip mata apabila aktres drama Ariana Rose itu sekali lagi hangat dikecam teruk menerusi satu klip video yang dipercayai dirinya dalam keadaan tidak bertudung dan berambut pendek, tular di laman sosial baru-baru ini.
Ramai yang geleng kepala, tak kurang juga yang mendesis, ‘dia buat perangai lagi’. Ironi, ramai juga yang kecewa dan cukup sedih menerima hakikat yang artis jelita dan berbakat besar kesayangan mereka menjadi begitu.
Rawatan lanjut
Menerusi temu bual khas bersama Sensasi Bintang baru-baru ini, Fathia ada membuat pendedahan tentang penyakit yang dihidapinya.
“Saya pernah dinasihatkan dan diarahkan doktor untuk mendapatkan rawatan berkenaan dengan gejala gangguan bipoolar yang mungkin dialami,” ujarnya buat pertama kalinya kepada media.
Bagaimanapun, Fathia menegaskan untuk tidak akan sesekali melakukan rawatan tersebut.
Jelas pemilik nama lengkap Nur Fathia Abdul Latiff itu, dia tidak akan sesekali akur dengan arahan dan nasihat beberapa orang doktor dan pakar perubatan yang pernah menyarankannya untuk melakukan pemeriksaan lanjut berkaitan tahap kesihatan mentalnya.
“Saya tidak memerlukan itu semua dan memutuskan secara muktamad untuk tidak akan melakukannya. Lagipun saya tahu tahap kesihatan diri sendiri selain masih mampu menguruskan diri sendiri tanpa memerlukan sebarang rawatan.
“Justeru, sebelum ini, doktor ada sarankan saya untuk melakukan rawatan lanjut dan merujuk dengan pakar psikiatri, namun saya menolak untuk tidak berbuat demikian kerana tahu tahap kesihatan serta mentaliti diri sendiri,” ujarnya dalam nada tegas.
Sensasi Bintang sentiasa mendoakan agar Fathia terbuka hati untuk melakukan rawatan lanjut kerana ramai peminat yang masih sayangkannya.
Memang, radius kehidupan seseorang individu pastinya akan sentiasa berubah-ubah. Sekejap di atas dan sekejap di bawah ibarat roda yang sedang berputar.
Tambahan pula, pastinya tiada seorang pun manusia di muka bumi ini yang tidak lari dan terlepas daripada melakukan dosa serta kejahatan.
Maaf
Begitu juga Fathia yang mengakui pernah dan banyak kali jatuh tersungkur serta terduduk kerana kesilapan lampau ketika zaman muda remaja.
“Memang saya akui banyak kesilapan yang dilakukan tatkala umur sedang meningkat naik. Saya tahu bukan senang untuk mengembalikan semula kepercayaan orang lain selain mengubah pandangan berbaur negatif mereka,” katanya kepada Sensasi Bintang lagi.
Ujar pelakon berasal dari Ayer Hitam, Pulau Pinang itu, apa yang boleh dilakukan buat masa ini hanyalah membulatkan dan cekalkan hati untuk terus yakin dengan bakat yang dikurniakan buatnya agar terus kekal relevan serta diterima dalam dunia seni. Jelasnya, hal tersebut adalah kerana, hanya dengan cara itu dia dapat meraih semula kebahagiaan dan menutup sementara segala masalah serta kepincangan yang wujud dalam hidupnya.
“Buat masa ini, apa yang saya mampu dan boleh lakukan adalah dengan hanya meminta maaf. Walaupun ia kerap kali diungkapkan, namun percayalah yang saya jujur dan rendah hati memohon kemaafan itu. Saya tekad untuk menjadi insan yang lebih baik dan diterima semua pihak.
“Namun jika ada yang masih mempertikaikan permohonan maaf dan kerap mengungkit kisah silam serta doosa lampau, saya tidak boleh buat apa-apa apatah lagi menghalang hak mereka (netizen) untuk berbuat demikian,” tuturnya.
Tegasnya, secara peribadi dia kini sedang dalam proses untuk memperbaiki segala kelemahannya namun tidak meletakkan sebarang tempoh tertentu selain terus mengharapkan orang ramai agar tidak pernah jemu dan serik untuk mendoakan yang terbaik buat dirinya. Meskipun dihamburkan kata-kata nista, Fathia tidak pernah goyah dan tetap bersemangat menyusun langkah kakinya menuju ke fasa lebih baik.
Proses mengenali
Bercerita lanjut, Fathia yang baharu tamat menjalani penggambaran telemovie bersempena Hari Guru bagi saluran RTM pada Mei nanti mengakui sedang mengenali hati budi seseorang dan selesa menganggapnya sebagai teman.
Ujarnya yang membawakan watak Ustazah Shirin menerusi telemovie Cikgu Praktikal, buat masa sekarang dia sedang dalam proses dan berkawan baik dengan seorang lelaki yang sudah agak lama dikenalinya.
“Saya selesa berkawan dengannya. Dia amat faham akan kerjaya dan apa yang saya lakukan. Walaupun saya sering dihimpit kontroversi dan dilabelkan sebagai pelakon bermasalah dan tidak mempunyai disiplin serta masa depan, namun dia (lelaki itu) sentiasa ada untuk memberikan kata-kata positif. Doakan yang terbaik buat kami dan perhubungan ini. Kalau ada jodoh yang berpanjangan, Insya-Allah ia tidak ke mana dan kami akan bersama,” katanya yang menyatakan 2019 merupakan tahun untuk dirinya melebarkan sayap dan membuktikan bakatnya kepada mata umum.
Ditebak mengenai hubungan percintaan pelakon Aiman Hakim Ridza yang juga merupakan bekas kekasihnya bersama aktres Zahirah Macwilson, Fathia hanya mampu mendoakan kebahagiaan mereka berdua.
“Sejujurnya sudah lama saya lupakan apa yang berlaku antara kami. Setiap orang pasti ada kehidupan silam masing-masing. Lagi pun saya sudah move on.
“Saya doakan dia bahagia dengan siapa sahaja pilihannya. Sebagai kawan lama, saya turut tumpang gembira apabila dia bahagia,” ujarnya.
Sumber: kosmo