GEORGE TOWN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) untuk membawa naik kereta SUV Mazda CX-5 yang terhumb4n ke dalam laut akan disambung semula pada Selasa selepas ia ditamatkan kira-kira jam 7.20 Isnin malam.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1, ACP Rosman Ismail, berkata kerja-kerja mengangkat kenderaan itu terpaksa dihentikan atas faktor keselamatan selain faktor cuaca dan arus deras.
Katanya, kerja-kerja untuk mengapungkan dan mengalihkan kenderaan tersebut dijangka akan dimulakan pada pukul 9 pagi selepas mendapat nasihat daripada pihak PLUS.
“Pencarian telah ditangguhkan dan kita akan sambung semula selepas pukul 9 pagi esok. Tetapi bot penyelamat akan bersedia seawal pukul 7 pagi. Itu nasihat PLUS,” kata Rosman pada Isnin.
Terdahulu, kereta terbabit berjaya dikesan kira-kira pukul 4 petang pada kedalaman 15 meter daripada tiang 34 Jambatan Pulau Pinang.
Penemuan berjaya dikesan selepas pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan alat pengesan Sonar Teledyne T20P dengan bantuan Marine Science Technology Sdn Bhd.
Bagaimanapun, usaha untuk menaikkan kenderaan terbabit dengan kren turut mengalami kesukaran.
“Disebabkan arus kuat ditambah dengan keadaan air itu, visibility (jarak penglihatan) sangat teruk. Itu menyukarkan usaha penyelam. Tali yang diikat (pada kenderaan terbabit) juga terlepas,” kata Rosman.
Operasi hari kedua pada Isnin disertai lebih 100 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi termasuk JBPM, pasukan Marin Wilayah Utara serta Maritim Malaysia.
Sejumlah 14 bot digunakan untuk operasi SAR ini.
Dalam kejadian jam 2.45 pagi Ahad, sebuah Toyota Vios berwarna hitam dan Mazda CX-5 berwarna putih itu terbabit dalam kem4langan di KM4 Jambatan Pulau Pinang menuju ke Perai.
Pemandu Vios yang berusia 21 tahun itu ceder4 dan dikejarkan ke hospital, manakala SUV putih itu terjun4m ke dalam laut.
Identiti pemandu SUV itu dikenal pasti sebagai Moey Yun Peng, 20 tahun, seorang pelajar kolej swasta. selepas bapanya membuat laporan polis pada pukul 5 petang Ahad.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata pengesahan dibuat oleh pemillik kereta yang juga bapa kepada pemandu kenderaan jenis SUV Mazda CX-5 itu selepas tampil membuat laporan polis pada jam 5 petang Ahad.
Lelaki berusia 63 tahun itu membuat laporan polis selepas anak lelakinya yang memandu kereta jenis sama tidak pulang ke rumah mereka di Butterworth.
Berdasarkan maklumat dari rakan anaknya, kemungkinan anaknya terlibat dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang sebelum terjunam ke dalam laut.
Nik Ros Azhan berkata sehingga kini pihak polis sudah merakam percakapan seramai tiga saksi bebas dan dua rakan mangsa bagi membantu siasatan berhubung kemalangan berkenaan.
Menurut rakan mangsa, mereka dalam perjalanan pulang dari menyambut hari lahir rakan mereka di George Town.
Sementara itu, seorang saksi bebas yang melihat kejadian tersebut telah memberikan kerjasama dan berkongsi video ‘dash cam’ kereta miliknya kepada polis.
Nik Ros Azhan berkata kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih dijalankan.
Antara Komen Menarik Netizen Terhadap Operasi SAR:
Ahlul Hizaab Ahlul Hukaama-Dari statement penyelam yang jumpa, kereta tu terbenam di dalam pasir. Zero visibility, memang sukar nak tentukan mangsa masih intact pada seatbelt atau tidak. Arus (current) di bawah laut sangat kuat, nampak bergelora.
Ramai yang pertikai kenapa tak boleh tarik, kan dah pakai kren. Hari ni tiga kali cubaan gagal. Penyelamat pun kena ambil kira semua faktor. Silap tarik, kren yang jatuh terhumban. Bukan tarik kenderaan di darat. Ini kenderaan SUV yang terbenam dan tersekat di dalam laut. Arus kuat kiri kanan, depan belakang.
Tolak isu perkauman. Kita sama-sama doakan usaha retrieval esok pagi berjaya. Kasihan pada keluarga yang menanti. Biarpun berpisah nyawa, sekurang-kurangnya ada j4sad untuk dikebuumikan.
Hasliza Ishak Keluarkan kenderaan drpd lautan yg dalam adalah sgt berisiko dan mahal. SUV itu sendiri dah mula menjadi sebahagian drpd lautan. Pasir, lumpur dan segala apa yg ada di situ dah mula bersatu/menimbus.
Esok (22/1/2019) kalau usaha gagal,
hanya bawa naik m4ngsa sudah memadai.
Syarikat insurans nakkan kesahihan,
pergi selam sendiri amek no body/chassis dan enjin.
Prioriti SAR adalah mangsa/orang.
Dapat naikkan m4ngsa, operasi kira berjaya.
Dapat naikkan kenderaan, bonus.
Yg mana byk sogheh, baling/huumban sekali dlm laut tempat SUV tue.
Sekian
Video:
Sumber: astroawani & celotehsaja