Syarat Permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome 2020

Posted on

Syarat Permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome 2020 | Skim Perumahan Belia dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional mulai 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2021 yang menawarkan jaminan pinjaman 10 peratus melalui Cagamas untuk membolehkan peminjam mendapatkan pembiayaan penuh dan bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan untuk dua tahun pertama, terhad kepada 10,000 unit rumah.

Melalui skim ini, diharapkan golongan bujang dan yang sudah berkahwin mampu membeli rumah pertama mereka dengan dengan adanya kemudahan pembiayaan perumahan SPB BSN.

Dana subsidi sebanyak RM200 sebulan sepanjang 2 tahun turut disediakan.

Contohnya jika bayaran bulanan rumah RM1,500 sebulan, jadi peminjam hanya perlu membayar RM1,300 dalam tempoh 2 tahun pertama.

Namun skim ini terhad dan ditawarkan kepada 20,000 unit rumah sahaja berdasarkan konsep ‘siapa cepat dia dapat’ – sama seperti skim MyDeposit 2018.

Syarat Permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome 2020

Baca juga: Cara Mohon Skim MyDeposit Untuk Membeli Rumah Pertama

SKIM PERUMAHAN BELIA BSN 2019

Skim ini telah lama diperkenalkan cuma tidak dipromosikan secara meluas.

Antara ciri-ciri dan kelebihan skim ini adalah:

  • Kemudahan ini ditawarkan untuk membiayai hartanah yang sama ada sudah siap, sedang dalam pembinaan atau hartanah subsale.
  • 100% pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pemindahan hakmilik dan perjanjian pembiayaan bagi nilai rumah sehingga RM300,000
  • Kerajaan juga akan memberi bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pembiayaan pelanggan untuk tempoh 2 tahun, dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju / penjual

Skim ini sesuai untuk hartanah dari RM100,000 – RM500,000.

Tempoh pinjaman dari 5 tahun sehingga maksimum 35 tahun (tertakluk kepada had umur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh Pinjaman).

Kadar faedah pula seperti yang ditetapkan di portal rasmi BSN iaitu:

  • Antara KA + 0.60% sehingga KA + 3.00% bergantung kepada profil dan lokasi hartanah pelanggan.
  • Bagi amaun pinjaman RM350,000 dan ke atas dengan tempoh pinjaman 30 tahun dan tanpa tempoh lock-in, kadar faedah indikatif adalah BR + 0.80%*.
  • Kadar Asas (KA) BSN semasa adalah 4.10% (berkuatkuasa mulai 7 Februari 2018).

Yuran guaman perlu dibayar sendiri oleh pembeli dan anda boleh membuat pengeluaran KWSP untuk membayar ansuran.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Bagi anda yang berminat untuk memohon skim perumahan BSN ini, sila penuhi syarat-syarat kelayakan di bawah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Belia yang sudah berkahwin umur 25-40 tahun
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000
  4. Pembeli rumah pertama sahaja

Permohonan perlu disertakan bersama beberapa dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  • Borang permohonan Pembiayaan Kewangan BSN
  • Perjanjian Jual dan Beli / Resit deposit / Proforma Pesanan Pembelian
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini
  • Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini
  • Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika ada pendapatan lain)
  • Salinan penyata KWSP
  • Surat pengesahan berkerja daripada majikan
  • Borang EA/ EC

Bagi yang bekerja sendiri, sila bawa dokumen berikut:

  • Borang B/BE dan Resit LHDN
  • Surat pendaftaran syarikat (SSM)
  • Salinan penyatan bank 6 bulan terkini
  • Dokumen – dokumen lain (jika perlu)

Permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN atau klik sini untuk memohon.

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.