Baru-baru in, pelakon Syafie Naswip mengesahkan ikatan pertunangannya dengan pelakon baharu, Aishah Azman sudah terlerai.
Aishah ketika dihubungi pihak media berkata, dia buat masa ini memerlukan masa untuk bersendirian dan tidak dapat memberikan sebarang kenyataan lanjut mengenai perpisahan mereka.
Buat masa ini, saya perlukan masa untuk bersendirian. Saya sangat bersyukur dengan petunjuk yang Allah SWT berikan itu. Soal cinta ini saya ketepikan dahulu sebab sekarang ini saya akan teruskan memberi tumpuan sepenuhnya pada karier seni saya sahaja.
Doakan yang terbaik untuk kehidupan saya akan datang untuk lebih ke hadapan dan berjaya dalam kerjaya saya.
Terdahulu, Syafie berkata keputusan untuk membawa haluan masing-masing dibuat atas persetujuan bersama selepas berdepan dengan dugaan berat. Bagaimanapun, Syafie menegaskan ikatan pertunangan yang putus itu bukan disebabkan orang ketiga dan pihak keluarga.
Mereka mengikat tali pertunangan pada 7 April lalu dan merancang untuk bernikah pada hujung tahun ini.