Tahniah diucapkan kepada Adira Suhaimi dan Datuk Red diatas kelahiran cahaya mata kedua mereka hari ini. Nama bayi lelaki yang diberikan nama Assan dilahirkan secara pembedahan pagi tadi di pusat perubatan Sungai Buloh.
“Adira dimasukkan hospital 8 pagi tadi. Selepas menjalani pemeriksaan, sudah terdapat bukaan. Namun, doktor memaklumkan perlu menjalani pembedahan kerana anak dalam kandungan besar. Doktor tidak mahu mengambil risiko”
“Tambahan pula, Adira bertubuh kecil. Dalam masa sama, Adira juga bersetuju untuk melalui proses pembedahan sekali lagi. Apa yang penting, semuanya berjalan lancar. Isteri dan anak dalam keadaan sihat”
Jelas Datuk Red lagi, memandangkan Adira sebelum ini juga bersalin menerusi pembedahan, doktor menasihati beliau supaya berehat sebentar. Bagaimanapun Adira dan bayi kini berada dalam keadaan sihat.
“Saya memang suka nama yang klasik dan ‘old school’. Macam anak pertama, kami beri nama Aggerek. Jadi, anak kedua ini namakan Assan,” jelasnya kepada Harian Metro mengenai nama anak kedua yang dipilih.