Selepas hampir dua tahun mengenakan hijab pada tahun 2017, baru-baru ini penampilan pelakon berbakar besar, Liyana Jasmay menjadi perhatian ramai apabila dilihat tidak mengenakan tudung dan hanya memakai topi.
Di akaun Instagram miliknya, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan bertanyakan sama ada adakah benar bahawa pelakon itu tidak lagi bertudung.
Seperti sudah dijangka, ada segelintir netizen tidak mahu melepaskan peluang untuk meninggalkan komen negatif terhadapnya. Malah, ada mendakwa pelakon itu memakai tudung sekadar main-main dan bakal membukanya suatu hari nanti.
Meskipun ramai yang mengecam, namun masih ramai peminatnya cuba memberikan teguran secara baik dan mendoakan agar pelakon itu terus istiqimah untuk terus berhijab. Terdahulu, Liyana pernah dikritik netizen kerana cara pamakaian hijabnya yang tidak menepati syarak.