“Tak Payah Sedih Atau Kesian Pada Orang Bercerai”

Posted on

Berita perceraian pelakon Fizo Omar dan Mawar Karim ternyata mengejutkan ramai pihak. Malah ramai tidak menyangka mahligai perkahwinan yang dibina selama enam tahun itu akan berakhir.

Perceraian Fizo dan Mawar turut mendapat perhatian pelakon Wardina Safiyyah yang meluahkan rasa kagum dengan pasangan yang mampu menjalani proses perceraian dengan mudah dan tenang.

Kata Wardina, selama ini kita asyik disogokkkan seolah perceraian itu sesuatu yang teruk dan hanya cerita negatif sahaja.

Wardina turut memuji cara Mawar dan Fizo mengendalikan kes perceraian mereka serta tanpa persengketaan sekaligus dapat memberikan contoh yang baik kepada orang ramai.

Wardina berkata, tidak perlulah kita nak rasa kasihan atau sedih pada orang yang bercerai kerana itu mungkin jalan terbaik untuk mereka. Katanya lagi, netizen supaya tidak sibuk untuk mengambil tahu punca pasangan itu bercerai dan mereka juga tidak perlu memberikan penjelasan apa-apa.

Dalam pada itu,  Wardina turut memuji pasangan Abby Abadi dan Norman Hakim yang berbaik demi anak dan kini anak-anak mereka membesar dengan baik.

sumber : rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.